Keistimewaan Asia Tenggara

Tiada tempat yang lebih indah untuk bebas daripada hiruk pikuk bandar yang sibuk selain daripada kawasan tropika di sepanjang khatulistiwa. Kawasan ini dilimpahi musim lembap yang panjang dan pastinya memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Dari syurga pulau hinggalah ke bandar persisiran pantai yang menawan, Asia Tenggara menawarkan semua keindahan ini.

Justeru, Team Deenamik ingin berkongsi beberapa lokasi percutian istimewa yang harus anda lawati di sekitar Asia Tenggara sekiranya anda ingin mencari ketenangan sambil menikmati alam semulajadi.

#1. Krabi, Thailand.

Thailand sememangnya kaya dengan pantai-pantainya yang indah, diwarnai dengan pasir pantai jernih, warna zamrud air laut bersinar bak kristal, serta pulau-pulau kecil yang tersergam indah hanya beberapa kilometer dari pantai.

BACA : 11 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Krabi

 

Anda boleh nikmati semua keindahan itu di Krabi, salah satu permata pelancongan terkenal di Asia Tenggara.

Krabi pastinya destinasi yang tepat bagi anda bukan sahaja kerana pantainya, tetapi juga kerana tarikan-tarikan lain termasuklah hutan tropika yang subur, kuil gua hiasan dan banyak lagi. Krabi juga merupakan hub untuk mengunjungi pulau-pulau idaman anda seperti Pulau Phi Phi yang sangat cantik.

 #2. Nha Trang, Vietnam

Bandar persisiran pantai Nha Trang sangatlah sempurna bagi anda yang inginkan ketenangan sambil dibelai angin pantai. Di Nha Trang, landskap bandar moden digabungkan dengan suasana alam semulajadi yang pastinya memukau mata ditambah dengan persisiran pantai yang megah.

Antara perkara yang wajib dilakukan ketika berkunjung ke sini adalah merasai pengembaraan scuba diving atau sukan air. Salah satu pengalaman yang anda pasti tidak boleh lupakan di Nha Trang adalah menikmati pemandangan lautan biru yang luas dari kereta kabel.

#3. Pulau Nusa, Indonesia

Sebut sahaja Bali, pasti semua sudah terbayangkan suasana percutian yang ekslusif dikelilingi dengan pantai-pantai eksotik.

BACA JUGA :   Informasi Sangat Berguna - Penjagaan Telinga Anda

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa pulau-pulau di sekitar Bali seperti Pulau Nusa turut menawarkan pesona tropikanya yang tersendiri. Kepulauan Nusa ini terdiri daripada 3 buah pulau yang terletak di pesisir tenggara Bali.

Ketiga-tiga pulau ini adalah habitat kepada pelbagai koleksi flora dan fauna yang luas termasuklah burung, ikan dan batu karang. Sebab itulah Kepulauan Nusa ini digelar syurga bagi anda yang gemar menyelam.

Selain bukit-bukit dan pantai yang tersusun rapi, Pulau Nusa turut menawarkan daya tarikan dan keindahan yang belum diteroka orang ramai. Sekiranya berkunjung ke sini, pastikan anda terjun menyelam di Nusa Ceningan dan melawat kapal karam di Nusa Lembangan.

 #4. Pulau Pangkor, Malaysia

Terletak di Perak, pulau ini boleh dikunjungi dengan perjalanan hanya 3 jam dari ibu kota Kuala Lumpur. Pulau Pangkor menawarkan keajaiban dunia alam semulajadi. Pulau-pulau di sini seringkali digambarkan antara yang tercantik di Malaysia, termasuklah Teluk Nipah yang cukup popular.

Di sini, beramacam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan seperti berkayak, menyelam, pengembaraan ke sekitar pulau dan banyak lagi. Yang paling penting, anda pastinya akan merindu pasir-pasir putih di pulau ini setelah meninggalkannya.

#5. Sentosa, Singapura

Resort pulau popular di Singapura ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dilengkapi dengan pengembaraan menyeronokkan dan tarikan moden, Sentosa adalah destinasi yang wajib anda lawati apabila tiba di Singapura .

Di sebalik keseronokan taman temanya, Sentosa juga mempunyai sisi semulajadi yang menawan, dari pantai Siloso ke gua tersembunyi di sebelah barat Tanjung Rimau. Pulau ini juga mempunyai kombinasi unik adegan bandar moden Singapura dan pemandangan alam semulajadi yang memukau mata.

#6. Kampot, Cambodia

Bandaraya yang terletak di tepi sungai di Kampot ini menawarkan suasana yang meriah tetapi santai untuk menikmati hari-hari istirehat di luar rumah.

BACA JUGA :   Tempat Percutian yang Menarik di Indonesia

Di sini, anda boleh meluangkan masa berjalan-jalan di sepanjang sungai yang mengalir lembut. Jika anda sukakan akitiviti yang lebih mencabar, anda boleh mengembara menaiki bukit dan menyaksikan hidupan-hidupan liar serta melihat pemandangan bandar dari puncak bukit.

Selain tarikan alam semulajadi, Kampot turut menampilkan suasana bandar tradisional yang kaya dengan sejarah. Meskipun pesat membangun, Kampot masih mengekalkan elemen tradisionalnya.

Asia Tenggara

Bandar yang dulunya suram kini kelihatan seperti hidup dan meriah semula. Kampot masih mengabdikan sejarah dari zaman kolonial Perancis, seperti bangunan-bangunan yang terbengkalai dan kawasan kejiranan.

#7. Pulau Palawan, Filipina

Asia Tenggara

Walaupun terdapat lebih 7000 pulau tropika di negara Filipina ini, Pulau Palawan tetap megah berbanding pulau-pulau lain kerana keaslian tarikan semulajadinya. Ini adalah sebab mengapa Pulau Palawan ini seringkali dikategorikan antara destinasi paling cantik di Asia Tenggara.

Meskipun kecil, pulau ini mempunyai tarikan yang menakjubkan. Anda tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menikmati kesemua keindahan di pulau ini kerana terlampau banyak keistimewannya.

Asia Tenggara

Di sini, anda dapat menyaksikan sungai bawah tanah, laguna-laguna yang menawan, tempat menyelam kapal karam serta banyak lagi. Pulau Palawan juga adalah syurga kepada habitat aneka flora dan fauna yang dapat dilihat sekiranya anda mendaki bukit dan menyelam ke dalam lautan biru zamrud yang jernih.

Asia Tenggara
Pulau Palawan, antara pulau tercantik di Asia Tenggara

Bagaimana ? Sungguh cantik, bukan ? Sebenarnya Asia Tenggara mempunyai sangat banyak destinasi pulau dan pantai yang cantik, cumanya masih ramai yang belum tahu.

Akhir kata, teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info travel terkini.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

The Culture Trip

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here