Skrol Palsu UiTM Dijual Serendah RM 1,000

Di saat graduan-graduan UiTM sedang bekerja keras untuk menghabiskan pengajian, ada satu sindiket yang menawarkan khidmat tersebut dengan cara lebih mudah kepada orang ramai.

UiTM

Baru-baru ini, satu sindiket menjual skrol ijazah palsu yang beroperasi di Puchong  berjaya dibongkarkan. Seorang wartawan telah menyamar sebagai pembeli dan menghubungi sindiket yang secara terang-terang mempromosikan servis mereka itu di Facebook.

Sasaran sindiket ini adalah golongan muda dan mereka memancing pembeli dengan alasan pembeli tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk masuk ke universiti, sebaliknya hanya perlu membeli skrol ijazah palsu itu.

UiTM

Setelah disiasat, sindiket tersebut hanya memalsukan skrol daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan SEGi College. Harga bagi setiap skrol palsu adalah seperti berikut :

UiTM

Diploma – RM 1,000

Ijazah – RM 2,000

 

Bagi SEGi College pula ;

Diploma – RM 2,000

Ijazah – RM 3,000

BACA JUGA :   Moscow Aviation Institute Di Rusia

Ijazah Master – RM 3,000

Sememangnya skrol mereka banyak dibeli memandangkan harganya jauh lebih murah daripada memasuki institusi pendidikan. Di SEGi College misalnya, yuran pengajian bagi diploma sahaja sudah mencecah RM 37,000 manakala ijazah pula kira-kira RM 50,000.

Sindiket ini telah mula beroperasi sejak tahun 2011 dan sebanyak 5,000 skrol palsu sudah berjaya dijual. Semua skrol tersebut dicetak dalam dwibahasa dan turut mengandungi cop pihak universiti serta tandatangan dari canselor.

BACA : “Nak Sambung Master Ke Nak Cari Pengalaman Kerja Dulu ?”

 

Para pembeli boleh memilih daripada 30 kursus pengajian yang terdapat di universiti dan mereka akan menerima sebuah skrol berserta transkrip dalam masa 2 hari sahaja. Proses memalsukan skrol itu hanya mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan dan dihantar kepada e-mel pembeli.

UiTM
Sindiket ini turut memberikan transkrip dari UiTM

Untuk mengelakkan sindiket ini dikesan, segala transaksi pembayaran dilakukan melalui transaksi bank dan para penjual tidak pernah sekalipun mendedahkan muka mereka.

BACA JUGA :   Pengambilan Pelajar Universiti di Bangladesh untuk Tahun 2021

Walaupun skrol palsu ini nampak seperti yang asli, para pembeli sudah dimaklumkan bahawa skrol yang dijual hanyalah sesuai untuk sektor swasta sahaja. Ini kerana kelayakan akademik diperiksa dengan lebih terperinci di jabatan kerajaan, sekaligus menyukarkan para pembeli untuk memohon kerja dan sebagainya.

Skrol di kiri adalah yang asli, kanan pula adalah palsu. Sumber foto : kosmo.com.my

Kebanyakan netizen menganggap perbuatan membeli skrol palsu ini adalah sangat tidak beretika dan salah di sisi undang-undang. Tambahan pula, cara mendapatkan skrol ijazah secara ekspres ini sangat tidak adil kepada graduan lain yang bertungkus lumus di universiti untuk menggenggam segulung ijazah.

Teruskan layari laman Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info sensasi dan viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

The Malay Mail Online
World of Buzz

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here