Lubang Hidung Pun Nak Hias ?

Kita semua tahu bahawa kebanyakan wanita menggunakan mekap untuk kelihatan lebih cantik. Ada bermacam-macam gaya mekap, sampai tak terkira banyaknya. Pendek kata, para wanita memang kreatif dalam bermekap. Daripada dahi, hidung sampailah ke dagu, semuanya pandai dicantikkan.

Namun, ada sesetengah make-up artist yang kadang kala ‘terlebih kreatif’ dalam mencipta trend mekap terbaru ini. Yang uniknya, gaya mekap baru ini tidak perlu menggunakan sebarang bedak ataupun menyapu pewarna pada muka. Hanya perlu menggunakan aset semulajadi sahaja.

hidung

Percaya ataupun tidak, trend mekap yang kini viral di internet adalah menghias lubang hidung bagi kelihatan cantik. Ya, lubang hidung.

BACA JUGA :   Trend Sambung Bulu Mata: Bahaya Atau Tidak?

Untuk kelihatan sebegini, seseorang wanita itu haruslah menggunakan sebarang bulu dan melekatkannya di bahagian luar hidung dengan bentuk seperti kaki labah-labah.

Trend ini dimulakan oleh seorang pengguna Instagram yang dikenali dengan nama Great Chen Chen apabila dia memaparkan gambar lubang hidungnya yang sudah dihias itu.

hidung
Great Chen Chen

Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya lubang hidung itu dihias menggunakan bulu mata palsu yang dilekatkan di setiap lubang hidung.

BACA : 4 Salah Faham Tentang Diet Ini Punca Mengapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan

Walaupun nampak seperti gila dan tidak siuman, namun trend itu mula menjadi tarikan dan ikutan oleh ramai orang. Segelintir wanita sudah terpengaruh dan turut cuba mengenakan trend mekap baru ini.

BACA JUGA :   Kamera smartphone cantik walaupun harganya murah?

hidung

hidung

Lebih teruk lagi, trend ini sudah semakin merebak dan mula digunakan secara meluas di media sosial dan mula menjadi perhatian media-media tempatan.

Harapnya trend ini tak merebak ke Malaysia lagi lah.

Jadi apa pendapat anda ? Berani tak nak cuba ?

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

Malaysian Digest

 

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here