Perkara Terkini

Salah satu perkara yang telah diumumkan semasa Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak adalah 4 plaza tol di negara ini akan dimansuhkan mulai 1 Januari 2018.

plaza tol
Sumber foto: World Of Buzz

4 tol ini terdiri daripada Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan di Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru (EDL). Bagaimanapun, terdapat beberapa salah faham mengenai isu ini.

Perkara Sebenar

Menurut NST, terdapat perjanjian konsesi yang telah ditandatangani sebelum ini oleh PLUS Malaysia Bhd.

Tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau dijadualkan berakhir pada 21 Disember 2038 dan bukannya pada tahun 2018.

Kedua-dua tol ini dijangkakan akan dimansuhkan 20 tahun akan datang, bukan pada tahun ini.

plaza tol
Sumber foto: ChinaPress

Hal ini sekaligus menafikan dakwaan kononnya kutipan tol di kedua-dua tol berkenaan akan tamat pada tahun depan.

BACA JUGA :   Wawancara Najib di Saluran Al-Jazeera Dapat ‘Award’

Selain itu, tiada sebarang kenaikan kadar tol akan dilaksanakan, sama ada oleh kerajaan atau pihak PLUS, termasuk di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini, baru-baru ini PLUS mengeluarkan pernyataan dan mengatakan bahawa pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak  itu sudah disalah tafsirkan.

Hal itu bermaksud pemansuhan tol itu akan berlaku 20 tahun akan datang dan beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan lebih awal dari waktu yang dijangkakan.

Dalam kenyataan yang sama, PLUS menambah “terdapat beberapa pertanyaan mengenai pampasan untuk PLUS berkaitan dengan pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi iaitu tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.

BACA JUGA :   PLUS Tawarkan Rebat 20 Peratus Sempena Tahun Baru Cina

Memandangkan perkara itu masih dalam perbincangan, kami akan membuat pengumuman yang diperlukan apabila mendapat maklumat lebih lanjut daripada kerajaan.

Kadar Tol Di Plaza

Pada masa ini, kadar tol untuk kenderaan kelas pertama di Batu Tiga adalah RM 1.10 dan untuk di Sungai Rasau, harganya ialah RM 1.

plaza tol
Sumber foto: NST

Malaysiakini juga melaporkan behawa menurut Johari Abdul Ghani “kerajaan tidak akan memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai berkaitan dengan pemansuhan tol seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2018.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

World Of Buzz

Facebook Comments