SPRM

Lagi Kes Korupsi Agensi Kerajaan Berjaya Dibongkar SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah kes korupsi mencecah RM100 juta melibatkan kementerian kerajaan dan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat swasta.

Siasatan yang bermula sejak setahun lalu melibatkan dakwaan wujudnya ketirisan dan kecurian dana kerajaan untuk pelbagai projek kerajaan. Ketirisan itu berjaya dibongkar sedikit demi sedikit oleh SPRM setelah berlakunya transaksi mencurigakan melibatkan sejumlah wang yang banyak ke dalam akaun salah seorang suspek.

SPRM
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

Sekumpulan pegawai atasan kementerian didakwa bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta untuk mengisytiharkan di atas kertas bahawa projek yang sepatutnya dilaksanakan sudah disempurnakan sedangkan hakikatnya tidak ada yang dilakukan.

Menurut sumber, individu-individu terlibat dengan mudah memperolehi hampir RM100 juta ke dalam poket mereka. Dilaporkan kementerian yang terlibat adalah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah berhubung beberapa projek di Sabah.

BACA JUGA :   Pas Bersih Daripada Menerima Wang RM90juta 1MDB.

Kes korupsi ini melibatkan berpuluh projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan untuk membantu orang miskin termasuklah yang berkos antara RM500 juta sehingga RM1 bilion.

Antara projek yang ‘disonglap’ adalah adalah :

-Program Makanan Pelajar Miskin
-projek menaiktaraf infrastruktur
-projek menaiktaraf sumber bekalan air dan elektrik
-projek membaiki jalan raya di kawasan pedalaman

Penyiasat SPRM sudah mengenalpasti sekurang-sekurangnya lima pegawai kementerian yang bersengkokol dengan syarikat itu untuk menggelapkan wang negara. 10 syarikat yang berpakat dengan pegawai-pegawai itu turut berjaya dikesan.

Kegiatan korupsi ini sudah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka berpakat untuk mencuri wang menerusi dana pelbagai projek yang tak pernah dilaksanakan. Malah, ada juga projek yang dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi. Justeru, tidak hairanlah mengapa pemotongan bajet untuk sesetengah projek dilakukan besar-besaran.

Kes ini bukan hanya melibatkan mencuri dana yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan infrastruktur. Lebih menyedihkan, dana untuk program makanan pelajar miskin pun dicuri.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri
Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar yang tidak berkemampuan

Jangan pelik kenapa rakyat-rakyat miskin terutamanya di Sabah dan Sarawak terus miskin, mereka-mereka inilah yang telah merompak segala dana projek pembangunan di sana.

Kes itu dipercayai disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Syabas kepada SPRM, semoga berjaya siasat dan kenalpasti dalang di sebalik korupsi ini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info sensasi terkini yang viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

The Malaysian Insight

The Star

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here