Tips Memohon Pekerjaan

Kadang-kala ada sesetengah orang yang sudah mengalah sebelum mereka memohon pekerjaan. Mungkin kerana iklan jawatan itu meletakkan syarat calon mestilah mempunyai pengalaman dan skil tertentu yang tidak dimiliki oleh pemohon.

Malah, ada juga pekerjaan menginginkan calon yang sudah bekerja di dalam jawatan itu selama beberapa tahun sebelum ini.

Meskipun begitu, syarat-syarat yang diletakkan tidaklah bermakna peluang anda tertutup terus untuk diambil bekerja. Yang penting, anda harus berupaya menerangkan kepada majikan anda bahawa anda adalah calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Justeru, Team Deenamik ingin berkongsi 3 tips memohon jawatan yang di luar kelayakan anda supaya diterima bekerja ;

 #1. Berikan Sebab Yang Meyakinkan

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, perkara yang paling penting adalah mendapatkan kepercayaan daripada penemuduga dan majikan. Sertakan sebab-sebab yang jelas di dalam cover letter anda. Nyatakan juga bahawa anda boleh menggalas tanggungjawab tersebut meskipun kelayakan anda tidak menepati syarat yang diingini.

pekerjaan

Anda perlu spesifikkan hujah anda dan elakkan ayat-ayat cliche seperti “saya seorang yang cepat belajar” ataupun “saya pandai berinteraksi dengan orang lain” dan bermacam-macam lagi.

Sebaliknya, jelaskan kemampuan yang dimiliki dan perincikan rancangan anda untuk memperoleh skils/kelayakan yang anda tidak ada itu. Contohnya, “Walaupun saya bukan seorang broker berlesen, saya sedang mengikuti kelas persijilan dan akan ditauliahkan pada hujung bulan Oktober ini”

pekerjaan

Di samping itu, highlightkan sekali kekuatan-kekuatan anda. Itu yang membuatkan anda lebih menonjol. Seperti contoh, anda pernah menjadi pengurus sebelum ini, dan jawatan yang dipohon itu melibatkan kerja-kerja pengurusan, anda akan dipandang lebih tinggi berbanding calon-calon lain.

BACA JUGA :   Ayuh Lakukan Permohonan Ke Mesir - Dibuka Kepada Lepasan SPM Dan STAM

#2. Ambil Pendekatan Realistik

Sekiranya sesuatu pekerjaan itu memerlukan sesuatu ijazah atau kelayakan kerana terikat dengan undang-undang, tidak banyak yang anda boleh lakukan. Misalnya, sebuah hospital sedang mencari ketua pakar bedah dan anda pula memohon dengan alasan anda adalah fresh graduate yang ada ijazah perubatan dan anda seorang yang cepat belajar.

pekerjaan

Besar kemungkinan, anda akan ditolak mentah-mentah.

Maksudnya di sini, anda haruslah realistik dengan skop kerja yang anda pohon. Lebih-lebih lagi jika anda tahu anda bidang kerja itu di luar kemampuan skills anda.  Sebaiknya, cari lah jawatan yang anda rasa anda mampu lakukan dan sekurang-kurangnya ada basic skills.

BACA : 10 Industri Kerja Yang Menawarkan Gaji Paling Lumayan Di Malaysia

 

#3. Yakin Pada Diri Sendiri Dan Sentiasa Bersedia

Apabila anda dipanggil untuk temuduga, di situlah perjuangan anda bermula. Itu adalah peluang anda untuk berikan yang terbaik dan buktikan mengapa anda harus diambil bekerja.

BACA JUGA :   Wanita Mendominasi Jawatan Pengurusan Kanan Di Malaysia

pekerjaan

Persembahkan kepada penemuduga tentang apa yang anda akan lakukan dalam 3 bulan pertama sekiranya diterima bekerja. Jelaskan hasilnya kepada organisasi dan bagaimana mereka harus menilai kejayaan dan kegagalan anda berdasarkan perkara tersebut.

Ini akan membuatkan bakal majikan kagum dengan kebolehan anda walaupun anda belum mempunyai skills dan kelayakan yang dikehendaki. Ini kerana anda telah membuktikan kepada mereka bahawa anda mampu menggalas tugas yang diberi dan akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Justeru, anda tidak perlu takut dengan syarat-syarat yang diletakkan dalam iklan jawatan yang dipohon. Sebaliknya, buat persiapan secukupnya untuk datang ke sesi temuduga. Tunjukkan kepada panel penemuduga bahawa anda mempunyai attitude yang betul dan kekuatan anda mengatasi kelemahan-kelemahan anda. Semoga berjaya !

Teruskan layari Deenamik.com dan like page FB Deenamik untuk terus dapatkan tips-tips temuduga dan kerjaya.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Fool.com/Career

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here