Kerajaan Negeri Johor Bagi Bonus Lebih
Penjawat awam kerajaan negeri Johor bakal menerima ganjaran istimewa lebih RM1,500 sebagai bonus dalam Bajet Johor 2018.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani mengumukan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar lebih daripada bonus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam kerajaan pusat.
Walaubagaimanapun, jumlah sebenar bonus oleh kerajaan negeri itu masih tidak didedahkan dan akan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pembentangan Bajet Johor 2018 di Dewan Negeri pada 23 November ini.
“Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi lebih dari itu (jumlah bayaran khas RM1,500) dan tunggu Bajet (pembentangan Bajet Johor 2018) pada 23 November ini.
“Ia adalah lebih baik daripada apa dinyatakan tadi (diumumkan pada Bajet 2018),” katanya.
Pada ketika ini, terdapat seramai 16,612 penjawat awam negeri dan 121,335 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Johor.
Pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam iaitu bayaran RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.
Manakala pesara kerajaan pula bakal menerima bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.
Semoga ganjaran ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua penjawat awam di negeri Johor Darul Ta’zim.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Sinar Online