Kekalahan pasukan bola sepak Malaysia 1-4 kepada Korea Utara pada malam tadi masih hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tanah air.

Perkara ini bertambah sensasi apabila laporan sebuah akhbar hari ini menggelarkan skuad Harimau Malaya sebagai “Sotong Malaya” berikutan keputusan yang memalukan itu.

Media melaporkan, skuad yang diketuai jurulatih Nelo Vingada gagal meneruskan kempen ke aksi kelayakan Piala Asia 2019 selepas kekalahan dua kali berturut-turut kepada pasukan Korea Utara 1-4, masing-masing dalam perlawanan pada Jumaat lepas dan malam tadi.

Keratan akhbar ini mendapat perhatian orang ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Harimau Malaya
Komen dari media sosial tentang keratan akhbar ini. Sumber foto: Malaysian Digest

Meskipun segelintir netizen mengganggap label “Sotong Malaya” itu sebagai lucu dan tepat bagi menggambarkan prestasi buruk dipamerkan pemain-pemain negara dalam perlawanan tersebut malam tadi, namun ada juga yang tidak senang dengan panggilan itu, yang disifatkan sebagai menghina skuad bola sepak negara.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Aksi Harimau Malaya Menentang Lubnan Wajar Dipuji Meskipun Tewas

Harimau MalayaSumber foto: Malaysian Digest

Namun, tiada sebarang respon daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung gelaran yang diberikan kepada Harimau Malaya.

Tunku Ismail sebelum ini pernah mengkritik akhbar sama susulan laporan yang disiarkan akhbar tersebut selepas sesi soal jawab bersama wakil-wakil media pada Oktober lalu disifatkan seperti menulis gosip murahan.

Sementara itu, media melaporkan kekalahan skuad Malaysia memberi rekod buruk kepada Vingada memandangkan jurulatih kelahiran Portugal itu masih belum merasai sebarang kemenangan setakat di bawah kendaliannya.

Bagaimanapun, memetik laporan Bernama, Vingada mendakwa kekalahan Harimau Malaya malam tadi adalah disebabkan persiapan singkat menghadapi Korea Utara.

BACA JUGA :   Kemenangan Perancis Dan Kisah-kisah Lain Mengiringi Final Piala Dunia 2018

Berita Harian hari ini melaporkan, lagenda bola sepak negara Datuk Santokh Singh mahu Vingada melepaskan jawatan itu sebagai tanda maaf kepada seluruh peminat bola sepak tempatan.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here