Johor Bahru – Seorang ibu tunggal ditahan kerana dituduh melacurkan anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun. Menurut laporan tv1 mengatakan bahawa ibunya akan meninggalkan anak-anaknya kepada kawan kekasihnya di sebuah hotel di Johor.

melacurkan

“Semua tangkapan itu susulan siasatan ke atas ibu dua mangsa berusia 36 tahun yang diberkas di rumahnya di Taman Bintang, Senai, pada 25 Oktober lalu.

Ibu tunggal itu disyaki meninggalkan kedua-dua anaknya bersama 5 warga asing iaitu orang Bangladesh yang bekerja di kilang sekitar kawasan Senai berdekatan dengan Kulai. Warga asing itu berumur dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun.

Ketika itu, dia dipercayai tinggal di bilik berasingan dan dikatakan menerima sejumlah bayaran hasil melacurkan kedua-dua anaknya itu.

Pada masa sama, suspek dipercayai tinggal di bilik berasingan bersama teman lelakinya yang juga salah seorang lelaki Bangladesh yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu.

BACA JUGA :   Penjawat Awam Di Johor Bakal Terima Bonus Lebih RM1,500 Daripada Kerajaan Negeri

Wanita berkenaan sudah bercerai dan terputus hubungan dengan bekas suaminya.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ berkenaan.

Ibu mangsa dikatakan membawa mangsa ke hotel bajet di Larkin, Johor Bahru, sebelum meninggalkannya bersama lelaki-lelaki tersebut.

Dua kanak-kanak itu dikatakan telah dijual oleh ibunya sejak bulan September lalu.

melacurkan
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah reman 14 hari sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

BACA JUGA :   Kenyataan Menteri Besar Johor Bercanggah Prinsip Demokrasi

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini mendapat perlindungan JKM sementara menunggu siasatan selesai.

“Kedua-dua mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan akan ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak. Ketika sesi temuramah, kedua-dua mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dengan teliti mungkin disebabkan usia mereka masih terlalu muda dan tidak faham apa yang berlaku.

“Kami akan memberikan khidmat kaunseling dalam tempoh terdekat bagi membantu mereka,” katanya.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here