Rawang – Jalan Pintas Rawang-Serendah sepanjang sembilan kilometer (km) yang akan dibuka hari ini kepada pengguna.

Jalan ini dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini terutama pada waktu puncak.

Pembukaan Jalan Pintas Rawang yang akan memendekkan perjalanan ke Kuala Lumpur pada waktu puncak.

Dari dua jam kepada 30 minit itu juga bakal memberikan akses yang lebih baik kepada lebih 30,000 pengguna kenderaan.

jalan pintas
Sumber foto: Harian Metro

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, jalan Pintas Rawang ini akan memberi manfaat secara tidak langsung kepada penduduk di sekitar.

Selain itu, memberi kesan positif kepada penjimatan masa bagi setiap kenderaan yang melalui jalan ini.

“Jalan ini unik kerana mempunyai struktur jambatan tertinggi di Malaysia iaitu 58.2 meter daripada aras tanah.”

jalan pintas
Sumber foto: BH

Jalan ini dilaksanakan secara berperingkat dan membabitkan jajaran baru dua lorong dua hala Jalan Persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km.

jalan pintas
Sumber foto: BH

“Ia juga adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya di Malaysia kerana pengguna bagaikan ‘membelah awan’ apabila memandu pada jalan ini terutama di waktu pagi dan selepas hujan, selain menawarkan panorama indah bandar Rawang,” katanya selepas merasmikan Jalan Pintas Rawang di sini, semalam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Metro

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here