Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada mengatakan persiapan singkat bagi menghadapi Korea Utara dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 adalah antara punca kekalahan skuad negara.
Mereka berdepan dengan pasukan lawan yang lebih mantap. Korea Utara berada pada kedudukan yang lebih baik dari Malaysia dalam carta dunia.
Beliau juga berkata berdepan dengan pasukan Korea Utara, pasukan ini perlu membuat persediaan rapi selama beberapa bulan seperti sebelum ini.
Mereka tiba di Buriram pada 7 November, menjalani latihan pertama pada hari berikutnya dan turun beraksi pada 10 November.
Pada malam tadi, skuad negara sekali dimalukan dengan jaringan 1-4 menentang Korea Utara. Pasukan ini mengulangi keputusan menentang lawan yang sama di Korea, 3 hari lepas.

Berikutan kekalahan terbaharu itu, Vingada masih belum meraih sebarang kemenangan dalam 7 perlawanan sejak dilantik sebagai ketua jurulatih skuad negara sejak bulan Mei lepas.
Biarpun tewas, pengendali berusia 64 tahun itu yang membuat enam pertukaran dalam kesebelasan utama, berkata pemain Malaysia beraksi lebih baik malam ini, berbanding ketika perlawanan pertama menentang Korea Utara, Jumaat lepas, dengan menguasai bola lambung berdepan pemain lawan yang lebih tinggi.
Membariskan enam pemain daripada skuad Bawah 22 tahun, Vingada berkata, mereka beraksi dengan baik tanpa gementar berdepan pemain lawan yang lebih bagus.
“Penjaga gol kita tidak banyak selamatkan bola sepanjang perlawanan,” katanya, namun agak leka ketika sepakan percuma sehingga membolehkan Korea Utara menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama, dan memusnahkan harapan Malaysia untuk kembali memberikan tentangan.
Beliau mengakui corak bertahan ketika sepakan percuma, terutama berdepan lawan yang lebih tegap dan tinggi adalah antara kelemahan pemain Malaysia.
Beliau berkata, barisan pemain negara mempamerkan permainan lebih baik pada separuh masa kedua dengan mencipta beberapa peluang, dan hasilnya pemain gantian Safawi Rasid sekali lagi berjaya menjaringkan gol sagu hati Malaysia pada penghujung permainan.
Sementara itu, ketua jurulatih Korea Utara Jorn Andersen berkata beliau mengetahui kelemahan pemain Malaysia ketika bertahan semasa sepakan percuma, justeru beliau merencanakan taktik untuk memanfaatkan peluang tersebut.
Beliau berkata, taktik yang digunakan itu membuahkan hasil apabila memperoleh dua gol menerusi sepakan percuma.
Andersen berkata, dengan maksimum enam mata hasil dua kemenangan ke atas Malaysia, pasukannya berada di kedudukan terbaik untuk layak beraksi dalam saingan Piala Asia 2019.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
Dipetik & diolah dari Malaysian Digest