Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia bakal melaksanakan amalan pembayaran gaji 2 kali sebulan secara rintis kepada penjawat awam dalam tempoh terdekat adalah tidak benar.
Maklumat yang ditular di laman sosial membabitkan pelaksanaan rintis yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Brunei, melibatkan penjawat awam di negara itu.
Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa isu yang menular di media sosial berkenaan pembayaran gaji 2 kali sebulan secara rintis adalah palsu.
Taklimat tersebut adalah daripada pihak Kementerian Kewangan Brunei Darussalam, menurut kementerian kewangan.
Terdahulu, sebuah portal “secara eksklusif” melaporkan bahawa gaji penjawat awam dijangka akan mengamalkan langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dalam masa terdekat.
Menurut portal tersebut, langkah itu perlu bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan dari kenaikan bahan api yang semakin meningkat.
Memetik portal Pelita Brunei, inisiatif pembayaran gaji dua kali sebulan yang akan mula diperkenalkan secara rintis mulai Januari 2018 ini melibatkan kira-kira 13,000 warga Perkhidmatan Awam dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Sementara di Malaysia, difahamkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mencadangkan pelaksanaan gaji dua kali sebulan kepada kakitangan kerajaan pada Jun 2008, namun ia gagal dilaksanakan susulan tidak mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), yang berpendapat cadangan tersebut tidak membantu meringankan beban kakitangan awam.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari malaysian digest