Anda pasti mengetahui sifat Chef Wan yang gemar menegur sesiapa sahaja di media sosial Instagram, kadang-kadang sifatnya menimbulkan sifat kurang senang dari sesetengah pihak.
Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad menyifatkan kata-kata chef selebriti terkenal Prof Datuk Chef Wan (Chef Wan) di laman Instagram mengenai dirinya sebagai melampau dan berunsur hasutan agar orang ramai yang membencinya.
Nabil berkata tindakan Chef Wan yang menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.
“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza” katanya lagi.
“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,” ujarnya.
Pada Isnin lalu, Nabil mengulas tentang komen balasnya yang memuat naik video sebagai respons kepada tuduhan Chef Wan itu pada Isnin.
Jelasnya, dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut. Bagaimanapun video berkenaan telah dipadam selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian.
“Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen,” ujarnya.
Nabil berkata kenyataan negatif membuatkan dia hilang rasa hormat kepada chef selebriti itu. Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
![](https://deenamik.com/wp-content/uploads/2017/11/online-bookfair.gif)
Sumber:
Dipetik & diolah dari MD