Berita Tergempar di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih 15 jam sejak semalam.

banjir

Hujan lebat dan angin kencang sejak jam 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Kawasan Yang Terlibat

Puluhan jalan raya ditutup dan ratusan rumah di Pulau Pinang ditutup akibat banjir yang melanda. 5 daerah yang terlibat terdiri daripada daerah Barat Daya, 11 di Seberang Perai tengah manakala 2 di Seberang Perai Utara.

Antara kawasan yang terjejas banjir ialah sekitar kawasan Bayan Lepas, Pulau Betong, Teluk Bahang, Seberang Jaya,Ppenanti, dan Tasek Gelugor.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat yang berterusan. Hal ini menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

banjir
Sumber foto: Bernama

 

Penempatan Orang Ramai

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

BACA JUGA :   20 Sen Dianggap Murah, Caj Beg Plastik Mungkin Dinaikkan Kepada 50 Sen

Angkatan Tentera Malaysia telah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di kawasan Seberang Perai mereka masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani.

Keadaan di sana sudah baik sedikit kerana hujan telah reda tetapi air masih belum surut dan angin masih kuat.

Beliau berkata, kejadian angin kencang yang melanda negeri ini pada awal pagi adalah sesuatu yang tidak dijangka.

Bantuan Pihak Berkuasa

banjir

Pusat gerakan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan sehingga jam 2 pagi, usaha mengeluarkan mangsa dari kawasan terjejas banjir diteruskan.

Kawasan Seberang Jaya merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dan sebahagian dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.

Sementara itu, seramai 21 mangsa banjir dari 6 keluarga yang ditempatkan sementara  di pusat pemindahan  di Taman Siakap Seberang Jaya berkata, “air naik dengan cepat pada jam 7 petang menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda”.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sangat berterima kasih terhadap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu.

BACA JUGA :   “SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PEMIMPIN DAN PARTI.” – NURUL IZZAH LETAK JAWATAN

Gangguan Perkhidmatan

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan 4 penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.

3 penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala 1 penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan semuanya mendarat dengan selamat.

“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang masih berjalan dengan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Kenyataan hari ini mengatakan, Rapid Penang berkata banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, kami tidak mempunyai pilihan selain menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari www.astroawani.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here