Penangkapan Besar-Besaran Kerabat Diraja Saudi

Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman telah menangkap berpuluh-puluh kerabat Diraja Saudi baru-baru ini. Penangkapan tersebut dibuat atas nama pembanterasan rasuah, tetapi itu hanyalah sandiwara Putera Mohammad untuk terus memegang tampuk kuasa di negara tersebut.

Putera Mahkota Saudi
Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammad Bin Salman

Antara yang ditangkap termasuklah sepupunya sendiri yang merupakan ahli perniagaan terkaya di Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal. Selain itu, 2 orang lagi putera yang ditahan adalah Putera Mutaib bin Abdullah, Menteri Saudi Arabian National Guard (SANG) dan Putera Turki bin Abdullah, bekas gabenor Riyadh. Mereka semua ditangkap tanpa sebarang perbicaraan undang-undang.

Putera Mahkota Saudi
Sumber foto : New York Times

Selain putera-putera yang menjaga keselamatan, turut ditangkap ialah taikun-taikun Saudi yang mampu menggulingkan Putera Mahkota dengan wang. Walaupun Putera Alwaleed tidak bergiat aktif dengan politik, tapi hartanya berjumlah US$ 17 bilion, merupakan salah seorang individu terkaya di dunia. Tambahan pula, beliau seorang yang lantang, jadi adalah normal beliau dilihat sebagai potensi ancaman.

Ahli perniagaan terkaya di Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal. Sumber foto : New York Times

Bilionaire seperti Waleed bin Ibrahim, pengerusi Middle East Broadcasting Company (MBC) dan Bakr bin Laden (abang Osama bin Laden) turut ditangkap. Teknokrat seperti Adel Fakieh (Menteri Ekonomi) turut ditahan, supaya Putera Mahkota Mohammad bin Salman dapat mengambil semua kredit transformasi ekonomi Saudi.

Strategi Putera Mahkota Saudi Untuk Terus Memegang Kuasa

Jadi apa yang cuba dilakukan Putera Mahkota sekarang adalah mencantas semua potensi ancaman kepada kedudukannya, dengan restu ayahandanya Raja Salman. Tindakan penangkapan tersebut boleh dianggap sebagai langkah awal untuk mengukuhkan kuasanya di Saudi.

BACA JUGA :   Biasiswa Tanpa Had Ditawar Kepada Pelajar Malaysia Oleh Universiti Islam Madinah.
Raja Arab Saudi, Raja Salman yang merupakan ayah kepada Putera Mohammad

Umum mengetahui bahawa Raja Salman sudahpun tua dan sering mengalami masalah kesihatan. Jadi, baginda ingin memastikan anak kesayangannya, Putera Mahkota Mohammad itu dapat berkuasa dengan selesa apabila beliau naik menjadi pengganti nanti.

Dengan penyingkiran Muhammad bin Nayef (ketua perisik) dan Mutaib bin Abdullah (ketua SANG), Putera Mohammad dapat menguasai ketiga-tiga cabang aparatus keselamatan Saudi. Maka beliau tidak perlu berasa risau lagi tentang ancaman terhadap kedudukannya daripada pihak tentera.

Pendek kata, Putera Mahkota sudah menguasai empat tiang utama pemerintahan Saudi : pemerintahan keluarga, ahli perniagaan jutawan, pemimpin keselamatan dan pemerintahan mutlak. Laluan beliau untuk menakluk kuasa sememangnya menjadi semakin mudah.

Hubungkait Donald Trump Dengan Penangkapan Tersebut

Tidak dinafikan, strategi Putera Mahkota itu adalah langkah yang berisiko tinggi. Justeru, putera muda yang berusia 32 tahun itu memerlukan ‘backup’ daripada kuasa luar. Tidak lain tidak bukan, individu tersebut adalah Donald Trump.

Putera Mahkota Saudi
Putera Mahkota Saudi, Mohammad Bin Salman bersama Presiden USA, Donald Trump.

Beberapa jam sebelum penangkapan, Trump ada menelefon Raja Salman untuk menyatakan sokongannya terhadap tindakan Putera Mahkota Mohammad dan mahu memperkukuhkan kerjasama dua hala termasuk rancangan Saudi untuk memasarkan saham (IPO) Saudi Aramco di bursa New York dan pembelian THAAD oleh Saudi.

BACA JUGA :   Pelajar meletakkan 'peluntur' dalam mesin kopi untuk meracun rakan
Saudi Aramco, gergasi minyak di Arab Saudi

Trump sebelum ini pernah menegaskan di laman media sosialnya bahawa dia mahukan $2 trilion saham gergasi minyak Saudi iaitu Aramco berada dalam pasaran New York dan sudah mendapat lampu hijau daripada Raja Salman. Hubungan baik di antara Saudi dengan Trump juga membolehkan Amerika membekalkan senjata api kepada Saudi.

Apa-apapun, langkah yang diambil Putera Mahkota ini adalah satu perjudian yang sangat besar. Agenda yang ingin dicapainya mengundang pelbagai kontroversi. Tindakan menangkap ahli kerabat diraja Saudi yang terdiri daripada sepupun dan saudaranya mungkin akan memakan dirinya sendiri. Masa depan Arab Saudi di bawah pemerintahan beliau akan menjadi sungguh kucar-kacir.

Putera Mahkota Saudi
Sumber foto : Vox.com

Begitulah serba sedikit penceritaan ringkas mengenai isu sebenar yang sedang hangat berlaku di Arab Saudi pada ketika ini.

Untuk dapatkan berita-berita lanjut mengenai isu ini, pastikan anda terus layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Ayman Rashdan Wong
The Independent
New York Times

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here