Benarkah Sel Kanser Takut Kepada Bawang Putih ?

Baru-baru ini tersebar sebuah video ujikaji yang membuktikan sel kanser ‘takut’ kepada bawang putih dan ‘suka’ kepada emas apabila dipasangkan alunan ayat al-Quran.

Video itu kononnya membuktikan sesiapa yang mengamalkan memakan bawang putih mungkin lebih sukar diserang kanser dan sesiapa yang gemar memakai emas akan lebih mudah menghidap penyakit berbahaya itu.

sel kanser
Bawang putih didakwa mampu merawat kanser

Namun bagi Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, Datuk Dr. Mohd Rushdan Md. Noor, video tersebut adalah satu penipuan daripada sudut akal manusia.

“Video yang kononnya menunjukkan sel kanser tertarik pada emas (kononnya bermaksud kanser suka pada emas dan boleh membiak lebih cepat) dan menolak bawang putih adalah jelas satu bentuk penipuan yang memperbodohkan akal manusia”, jelas beliau.

Di bahagian paling kanan gambar, Datuk Dr. Mohd Rushdan Md. Noor

“Berkemungkinan ada pihak-pihak lain mengambil kesempatan ke atas video tersebut dan membuat taksiran sendiri untuk tujuan tertentu,” tambahnya lagi.

BACA JUGA :   Wushu Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia Dalam Sukan SEA Ke-30

Menurutnya, apabila doktor membedah dan mengeluarkan kanser daripada tubuh badan seseorang sel-sel kanser di dalam ketulan yang dikeluarkan itu akan mati serta merta kerana terputus bekalan darah dan nutrisi daripada pesakit.

“Sebab itu apabila pesakit meninggal, sel-sel kanser yg terdapat di dalam tubuh badan mereka juga akan mati,” tegasnya lagi.

sel kanser

Menurut Rushdan, ketulan kanser itu kesemuanya akan dimasukkan ke dalam formalin (untuk dikakukan/fixated) dan diserahkan kepada makmal patologi untuk pemeriksaan, tidak ada sedikit pun akan ditinggalkan, apatah lagi memberinya kepada pesakit atau pun waris pesakit.

“Alasannya adalah supaya pakar patologi dapat menganalisa ketulan tersebut secara terperinci kerana inilah salah satu sebab pembedahan itu dilakukan selain daripada untuk merawat,” katanya.

BACA JUGA :   Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong Berjaya Meraih Pingat Emas Negara

Mengenai emas, katanya, platinum digunakan sebagai perhiasan wanita yg berharga lebih mahal daripada emas.

“Tahukah anda bahawa terdapat ubat antikanser bernama Cisplatin, Carboplatin dan Oxaliplatin yang berasaskan platinum. Kajian telah menunjukkan bahawa emas (Gold (III)/Au) juga mempunyai ciri-ciri antikanser walaupun masih di peringkat kajian.

“Ubat yang di dalamnya mengandungi pati logam platinum, perak dan emas ini dikenali sebagai metallodrugs,” jelasnya lagi.

Justeru, ternyata video tersebut adalah palsu dan tidak benar jika menurut fakta sains.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here