Setelah enam hari menanti, kontinjen Malaysia, akhirnya melakar senyuman apabila berjaya meraih satu  pingat emas dalam acara 10 meter platform seirama selepas mengumpul 328.08 mata.

malaysia Gandingan bersama Jun Hoong dan Pandelela, menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya mengungguli saingan dari terjunam pertama sehingga terjunan kelima. Berjaya mendahului penerjun Kanada Meaghan Benfeito-Caeli McKay yang hanya meraih pinggat perak dengan mata 312.12.

Selain itu, pujian juga harus diberikan kepada satu lagi pasangan penerjun wanita Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri, berjaya menyumbang dua pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

malaysia

Dalam acara pasukan gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan berjaya memperolehi pingat perak dalam acara tersebut, selepas mengumpul mata sebanyak 127.950.

Dalam acara tersebut, Gimnas negara berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Australia yang mengutip120.800 mata dan hanya mendapat pingat gangsa.

Namun, bagi acara lompat tinggi, sekadar berjaya menamatkan saingan di tempat kesepuluh selepas gagal menyempurnakan lompatan 2.21m dan dalam acara lompatan 2.24m, hanya mendapat kedudukan ke lapan.Terima kasih dan tahniah buat para atlet yang mengharumkan nama negara dari kami rakyat Malaysia.

malaysia

Dalam pada itu, diharapkan ada lagi lagu “Negaraku” berkumandang di Optus Aquatic Centre, hari ini. Antara acara terdekat yang dipertandingkan ialah, 10m platform individu wanita, gimnas negara, skuad boling padang, dan atlet olahraga juga akan kembali beraksi dalam saingan kelayakan dalam acara lempar cakera dan acara lompat kijang.

Turut beraksi ialah atlet lompat galah negara, Iskandar Alwi dalam acara final. Semoga para atlet negara lebih bersemangat untuk teruskan aksi bagi meraih pinggat emas negara.

Sumber: BERNAMA 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here