Masalah Harga Rumah Mahal Makin Kronik
Harga rumah sekarang terlalu mahal sehingga tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli, kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda yang prihatin terhadap isu itu mahu kerajaan bekerjasama dengan para pemaju bagi mencari penyelesaian ‘win-win situation’ supaya dapat membina lebih banyak perumahan mampu milik untuk semua kaum.
“Harga rumah sekarang terlampu tinggi. Orang ramai tidak mampu beli…mereka hanya mampu melihat sahaja,” kata baginda.
Menurut Sultan Ibrahim lagi, para pemaju juga tidak mampu mencari pembeli meskipun ada rizab untuk pembeli Bumiputera.
Hakikatnya, kuota Bumiputera sepatutnya membantu tetapi ia gagal.
“Saya tahu banyak skim perumahan yang mampu milik dibina dalam pembangunan bercampur-campur, tetapi rumah murah juga masih tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu”
Justeru, baginda bertegas supaya semakan dibuat pada polisi tersebut.
Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim mahu Bangsa Johor menjadi masyarakat yang memiliki rumah sendiri, bukan sahaja terhad kepada orang Melayu supaya pembangunan dapat dinikmati semua.
“Kerajaan boleh mempertimbangkan kawasan zon yang ditetapkan untuk perumahan yang mampu dimiliki dalam projek-projek pembangunan”, tambahnya lagi.
Baginda juga menasihatkan kerajaan agar menyelaraskan dasar perumahan kerana tidak sepatutnya wujud “dasar ketika waktu baik dan dasar semasa tempoh tidak baik”.
Dasar yang tidak konsisten akan mempengaruhi keputusan pelabur jangka panjang.
Selain itu, perlu ada fleksibiliti kerana polisi ‘pelaksanaan untuk semua’ tidak boleh dilaksanakan kerana setiap negeri mempunyai perbezaannya dan halangan yang tersendiri.
Terima kasih diucapkan kepada Sultan Johor kerana lantang mengutarakan masalah harga rumah yang semakin hari semakin menghimpit rakyat di negara ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman digital Deenamik ? Mudah saja, hubungi kami di admin@deenamik.com