Selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap bangsa Bugis sebagai lanun baru-baru ini, kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula mengakui berasa terhina dengan kenyataan tersebut.
Menerusi temubual eksklusif Sultan Johor sempena Hari Keputeraan baginda ke-59, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, baginda bertitah kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu boleh memecahbelahkan kaum dan mengundang kebencian sesama kaum.
Baginda bertitah bahawa baginda terasa terhadap kenyataan Tun M kerena baginda juga berketurunan Bugis. Rakyat Johor ramainya berketurunan Bugis juga.
Baginda menitahkan bahawa di negeri Johor sahaja terdapat perbagai kaum yang turut sama memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri itu dan mahu mereka sentiasa bersatu padu tanpa menggira kaum.
Kita sepatutnya mesti saling menghormati antara satu sama lain. Keturunan Melayu, keturunan India, Cina semua adalah bangsa Johor.
“Bila saya sebut jika kita sudah berpecah, bukan orang Melayu saja yang berpecah, India berpecah, Cina pun berpecah, maknanya bangsa Johor berpecah,” titah baginda.
Baginda juga menggesa rakyat Johor supaya sentiasa menyokong pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat bersatu padu jika mahu melihat negeri itu terus maju.
Dr Mahathir, yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas.
Kenyataan dibuat Dr Mahathir itu mengundangkan kemurkaan dan kekecewaan Sultan Selangor kerana ia dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan serta huru-hara.
“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis,” titah Sultan Selangor menerusi kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja negeri, seperti dilapor media.
Sultan Johor dalam pada itu berharap dan mahu semua pemimpin Melayu bermuafakat yang membawa banyak keberkatan kerana tanpa muafakat akan menyebabkan perpecahan sehingga tiada keberkatan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari MD