33 IPTS Ditutup

SEBANYAK 33 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini ditutup sepanjang tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang turut menegaskan angka itu semakin meningkat berbanding jumlah keseluruhan, 46 yang ditutup sepanjang tahun 2012 hingga 2016.

Punca Ditutup

Menurut Idris Jusoh, penutupan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa piawaian yang tidak dapat dipatuhi oleh sesebuah kolej swasta. Ditambah pula dengan pengurusan dan kualiti yang lemah akibat masalah kewangan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh

Sebagai contoh, banyak kolej tidak mempunyai pelajar yang mencukupi dan pensyarah yang berkelayakan. Ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah dari sudut kewangan. Lantaran itu, pihak pengurusan kolej memutuskan untuk menghentikan operasi secara sukarela.

Ada juga kolej yang diarahkan ditutup kerana didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian.

BACA JUGA :   Hala Tuju Selepas SPM di IPTA luar negara
IPTS
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Made in UITM

“Apabila kita mendapati mereka beroperasi tanpa mematuhi peraturan, mereka perlu menutup operasi kerana kita tidak mahu menjejaskan kualiti pendidikan”, ujar Idris Jusoh.

“Dalam isu ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak boleh berkompromi kerana ia membabitkan kualiti pendidikan kepada pelajar”, tambahnya lagi.

Komitmen KPT Dalam Meningkatkan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Bermula tahun 2018, KPT akan melakukan penarafan secara tahunan bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan tinggi swasta di Malaysia.

Langkah itu adalah sejajar dengan komitmen KPT dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini.

IPTS
Gambar sekadar hiasan. Sumber : YouTube

Sebelum ini, penilaian serta penarafan dilakukan setiap dua tahun namun kaedah itu didapati sudah tidak sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan tanah air.

Menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST), KPT akan dapat melaksanakan pelbagai inisiati selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi meningkatkan keupayaan kompetitif kolej swasta.

BACA JUGA :   Para Mahasiswa Kini Bebas Berpolitik Di Luar Kampus - Idris Jusoh

“Penarafan ini penting bagi menentukan tahap kualiti perkhidmatan, sumber dan amalan baik IPTS bertaraf kolej di seluruh negara,” katanya.

IPTS
Gambar sekadar hiasan

Tambahnya lagi, kualiti kolej swasta di negara ini tidak akan dikompromi dan ini terbukti melalui pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) yang berkuat kuasa pada 28 November lalu untuk mengawal selia IPTS.

Sumber : BERNAMA, Harian Metro

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here