bayi kembar
Sumber foto : OhBulan

Buat Iklan Jual Bayi Kembar

Laman internet di Malaysia minggu lalu gempar gara-gara sebuah pasangan muda cuba menjual bayi kembar mereka melalui portal Mudah.my. Iklan yang dipaparkan mereka di laman itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pasangan itu membuat iklan ‘bayi kembar untuk dijual’ dengan harga RM 15,000. Kedua-dua bayi  kembar itu masing-masing berumur 3 hingga 6 bulan dan adalah anak luar nikah kepada pasangan tersebut.

bayi kembar
Seorang pengguna bertindak membuat melaporkan kepada pihak polis berhubung iklan itu. Sumber foto : Wang Cyber

Seperti yang dijangka, perkara itu sampai kepada pengetahuan pihak polis. Pasangan itu ditahan pada malam Isnin, dengan wanita itu ditangkap di Setapak dan lelaki pula ditahan di kediamannya di Ampang.

BACA JUGA :   Anak Terkena Ruam Lampin! Jangan Risau, ini Cara untuk Menangani Ruam Lampin.

Dilaporkan, ibu kepada bayi kembar itu adalah remaja berumur 20 tahun manakala teman lelakinya pula berumur 18 tahun.

Buat masa sekarang, bayi kembar itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Sosial sementara kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001.

bayi kembar
Gambar sekadar hiasan

Walaupun iklan itu sudahpun dipadam, namun masyarakat masih terkejut dengan keberanian pasangan itu cuba menjual bayi mereka secara terbuka di laman Mudah.my yang semenangnya cukup terkenal.

Ini jelas menunjukkan bahawa pasangan itu berada dalam keadaan yang sungguh terdesak untuk melepaskan bayi mereka.

Jika diamati, ini adalah petanda bahawa gejala sosial di dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia sudah semakin tenat.

BACA JUGA :   MENDIDIK PERIBADI ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
Gambar sekadar hiasan

Diharapkan semua pihak memandang serius isu ini dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jangan hanya sibuk menuding jari sampaikan sahsia anak-anak sendiri terabai.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan isu-isu viral terkini dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here