Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan darjah kebesaran dianugerahkan oleh Sultan Selangor minggu lalu bukan sahaja biadab tetapi secara langsung melanggar tatasusila budaya Melayu yang penuh adab saling menghormati antara satu sama lain.

“Saya fikir Sultan Selangor merasakan saya tak layak untuk terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara, jadi saya fikir saya sudah tidak layak lagi”.

Selaku pemerintah tertinggi Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai hak untuk menegur salah laku berkaitan perihal di negerinya, apatah lagi Dr Mahathir telah mengguris perasaan Sultan dengan menghina keturunan baginda berbangsa Bugis.

Malah, ucapan ‘lanun Bugis’ diungkapkan Dr Mahathir semasa himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya terletak di negeri Selangor.

BACA JUGA :   Dakwaan Tun Mahathir Tidak Berasas - Rahman Dahlan

Seharusnya, selaku pemimpin parti Melayu – walaupun Dr Mahathir berketurunan Mamak – wajar menghormati institusi diraja sepertimana termaktub didalam rukun negara “kesetiaan kepada raja dan negara”.

Tindakan pemulangan pingat kebesaran diterima pada 1978 dan 2003 jelas menunjukkan protes biadap Dr Mahathir kepada Sultan.

Sultan bukanlah rakyat biasa. Sultan adalah simbol kepada pemerintahan ‘Raja Perbelembagaan’ Malaysia dimana dan Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan meletakkan Raja-Raja Melayu pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting.

Justeru, tidak salah sekiranya Dr Mahathir selaku rakyat Malaysia mengungkapkan ‘minta maaf’ jika tidak benar sekalipun mempunyai niat untuk mengguris perasaan Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin juga dilapor menzahirkan rasa kecewa kepada PKR dan DAP mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang digulingkan.

BACA JUGA :   Dr Mahathir Umumkan Akan Bertanding Dalam PRU14 Akan Datang

Sultan mengarahkan Pakatan Rakyat (kini dikenali dengan Pakatan Harapan) yang meneraju Selangor ketika itu mengemukakan lebih dari dua calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri Besar.

Sebagai langkah proaktif dan menghormati institusi diraja, DAP memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin, diikuti oleh PKR tidak lama kemudian seterusnya mencalonkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon sekunder dan mengekalkan Wan Azizah sebagai calon utama bagi jawatan Menteri Besar Selangor dari pakatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here