Tiga pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mendapat pendedahan bola sepak di peringkat antarabangsa. Mereka bakal dipinjamkan untuk beraksi bersama kelab bola sepak di Portugal.

Projek terbabit dijayakan menerusi kerjasama antara pasukan Harimau Selatan itu dengan kelab bola sepak yang berpangkalan di Eropah yang menyaksikan JDT berpeluang ‘mengeksport’ tiga pemain setiap tahun untuk beraksi bersama pasukan itu sebagai pemain pinjaman.

Portugal

Tiga pemain terbabit adalah pemain tengah, Syamer Kutty Abba dengan dua lagi pemain iaitu pertahanan, Hasbullah Abu Bakar dan penyerang, Syafiq Ahmad turut berkemungkinan mengikut jejak langkah pemain tengah skuad kebangsaan itu untuk berkelana ke Eropah.

“Nama kelab terbabit akan didedahkan sebaik sahaja pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi”.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Aksi Harimau Malaya Menentang Lubnan Wajar Dipuji Meskipun Tewas

Portugal

“Pemain Malaysia tidak dianggap sebagai pemain luar negara di kelab Portugal dan perbezaan kelab ini dengan yang lain adalah JDT bakal memiliki hubungan kerjasama dengan kelab terbabit,” katanya.

Pada masa sama, JDT turut mengulas mengenai projek peminjaman dua pemain yang cuba dilaksanakan sebelum ini membabitkan pemain tengah bertahan, Harris Harun ke Sepanyol serta perancang tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dijadual dipinjamkan ke sebuah kelab di Jepun.

Portugal

“Berkenaan Hariss Harun, kelab terdahulu mempunyai masalah hutang di Sepanyol dan tidak dibenarkan untuk menandatangani mana-mana pemain luar negara.

“Manakala Nazmi Faiz pula adalah kerana kelab memerlukan beliau dalam pasukan bagi membantu Safiq Rahim,” katanya.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Aksi Harimau Malaya Menentang Lubnan Wajar Dipuji Meskipun Tewas

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here