Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan Juara Piala AFC 2015 akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018.

Kemungkinan besar, saingan musim depan adalah aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.

Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim berkata “Malaysia berkemungkinan besar mendapat slot automatik bersaing dalam kejohanan utama, Liga Juara-juara AFC (ACL) pada 2019”.

Skuad Harimau Selatan mahu memastikan aksi terakhir mereka pada Piala AFC 2018 adalah detik yang tidak dapat dilupakan.

JDT

Namun, Selangor akan menggantikan JDT sekiranya juara Piala Malaysia 2017 itu layak beraksi pada Liga Juara-juara AFC 2018, jika menewaskan pasukan dari Thailand, Muangthong United dalam perlawanan Pusingan Kedua, 23 Jan depan, serta pasukan tempat ketiga atau keempat Liga Jepun dalam aksi playoff kedua pada 30 Jan.

Pada undian Piala AFC 2018, JDT diundi dalam Kumpulan H (zon ASEAN) bersama-sama pasukan dari Indonesia, Persija Jakarta; Song Lam Nighe An FC (Vietnam) dan Tampines Rovers atau Geylang International dari Singapura.

JDT

Penolong Jurulatih JDT menyedari pasukannya bakal berdepan dengan cabaran sengit daripada kelab-kelab dari negara jiran itu.

“Kita tidak boleh ambil mudah terhadap saingan peringkat kumpulan ini kerana setiap pasukan mempunyai harapan tinggi untuk layak ke pusingan seterusnya. Kelab-kelab ini adalah pasukan baharu yang kita belum pernah bertemu sebelum ini kecuali Tampines Rovers yang pernah ditumpaskan oleh pasukan tersebut”.

BACA JUGA :   Morais Menegaskan Pasukan JDT Supaya Terus Kekal Fokus

“Dengan persiapan rapi dan barisan pemain baharu yang dibawa masuk, kita akan berjuang bermati-matian pada 2019, kemungkinan kita akan beraksi di ACL”.

JDT

“Pasukan-pasukan ini perlu diteliti, terutama Persija Jakarta dari segi permainan da taktik mereka kerana mereka merupakan pasukan yang kita tidak pernah bertemu sebelum ini”.

JDT muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang memenangi Piala AFC, selepas merangkul kejuaraan tersebut menewaskan kelab dari Tajikistan, Istiklol FC 1-0 pada final 2015.

Pada saingan ACL pula, JDT diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan, Kitchee FC (Hong Kong) dan pemenang aksi playoff 4 zon Timur mewakili China, Australia, Myanmar atau Filipina.

JDT

“JDT akan berjuang habis-habisan untuk layak beraksi pada kejohanan utama itu buat pertama kali, selepas gagal melepasi perlawanan playoff dalam kesemua tiga kempen sebelum ini, sejak musim 2015” kata Ismail.

BACA JUGA :   Ini Punca JDT Gagal Jaringkan Sebarang Gol Ketika Menentang PKNS

“Muangthong United adalah sebuah pasukan yang kuat. Pada 2016 kita kalah menerusi sepakan penalti. Tahun ini kita bertemu lagi, saya berharap kita lebih bersedia pada kali ini kerana mereka pasukan yang hebat dan beraksi pada pentas ACL 2017”.

JDT

Latihan akan bermula pada 18 Disember ini dan dalam masa terdekat pasukan ini akan melengkapkan pendaftaran para pemain. Pemain import dijangka akan menyertai pasukan dalam tempoh terdekat untuk memulakan bagi playoff ACL.

Pada musim 2016, JDT tumpas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti kepada Muangthong United selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pusingan awal.

Manakala pada 2017, juara empat kali Liga Super itu menewaskan Bangkok United 5-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam permainan sebenar, namun kalah 0-3 kepada kelab Jepun, Gamba Osaka dalam aksi playoff.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here