Menurut kajian yang dibentangkan di sebuah forum anjuran Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) Singapura, pengundi di Johor tidak lagi peduli parti mana akan mewakili mereka selepas pilihan raya umum nanti. Hal ini bersangkutan dengan kekecewaan terhadap politik tempatan.

 

Ia terutama dirasai di Parlimen Gelang Patah, kubu kuat BN yang dimenangi pemimpin DAP Lim Kit Siang selepas menewaskan menteri besar ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Pengundi

“Sentimen yang lazim di Gelang Patah nampaknya siapa sahaja yang menyediakan bantuan dan pemberian kepada penduduk akan mendapat undi mereka.

“Malah, sesetengah pengundi merasakan mereka mungkin tidak mahu bersusah payah membuang undi sekiranya hujan”.

Kajian itu mendapati pengundi mengadu ahli politik dan pertubuhan politik tidak lagi turun padang, sementara sudah bosan dengan skandal sekitar 1MDB dan hampa dengan permainan politik yang menyaksikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke politik untuk mengemudi bahtera pembangkang.

Pengundi

Kajian berdasarkan kepada perbincangan kumpulan berfokus secara mendalam dan temubual dengan penduduk di beberapa kawasan luar bandar di Johor dan Kedah.

BACA JUGA :   Destinasi Pulau Percutian Menarik Untuk Dilawati Di Selatan Tanah Air

Forum dimaklumkan ramai pengundi belum memutuskan parti pilihan mereka, kerana BN dan pembangkang nampaknya gagal memberikan sebab yang kuat untuk memilih mereka.

“Ini adalah trend seluruh negara yang nampaknya sedang berlaku di Johor,” kata penyelaras program pengajian Malaysia di ISEAS-Institut Yusof Ishak, Dr Francis Hutchinson.

Pengundi

Tinjauan pengundi Johor pada 2017 menunjukkan BN masih menikmati sokongan kuat 35% responden berbanding 10% yang akan mengundi parti pembangkang, namun sebahagian besar responden – lebih 55% – belum membuat keputusan atau tidak menyatakan kecenderungan mereka.

Forum mengambil maklum kesetiaan pengundi kepada Umno menunjukkan kemerosotan, kerana gerakan akar umbi dan hubungan antara Umno dan pimpinan setempat di kawasan luar bandar berkurangan sejak kebelakangan ini.

Pengundi

Di Mersing, kajian mendapati ada jurang yang semakin meluas antara pengundi tua yang memiliki tanah dan pengundi muda yang bekerja di bandar.

Pengundi tua menghargai manfaat yang diterima dari Felda, dan rasa terhutang budi kepada Umno, sementara pengundi muda pula tidak berpuas hati dengan kekurangan peluang pekerjaan dan terpaksa “bergelut setiap bulan”.

BACA JUGA :   Penduduk Labis Kini Boleh Menikmati Kemudahan BMJ

Profesor perbandingan politik, Dr Meredith Weiss dari Universiti New York, berkata ekonomi menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia sejak 2013 lagi, dan tinjauan Merdeka Center mendapati 15% responden memilih untuk tidak makan semata-mata mahu mencukupkan keperluan bulanan.

Pengundi

Pakar berkata walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan KDNK tahun ini antara 5%-5.5%, gaji tidak selalunya dapat menyaingi kenaikan kos taraf hidup dan kadar inflasi mencecah paras tertinggi tahun ke-8 pada Mac, iaitu 5.1%, kerana kenaikan kos bahan bakar.

“Bayaran BR1M digunakan oleh golongan termiskin untuk perbelanjaan harian tetapi tidak banyak membantu mengurangkan ketidaksamaan,” kata Weiss.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari FMT

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here