Bettie Bee merupakan seekor kucing yang memiliki dua muka dan tiga mata, dua hidung dan dua mulut.

Umurnya baru berusia 11 hari namun sudah menjadi bintang internet kerana memiliki keunikkan yang tersendiri dan menakjubkan.

Loading...

Bettie Bee

Lebih menakjubkan anak kucing ini masih hidup dan sihat selepas dilahirkan di Afrika Selatan pada 12 Disember lalu.

Bettie lahir bersama dua saudara kembarnya yang normal. Perkara ini sungguh menakjubkan kerana kucing bermuka dua yang digelar ‘Janus’, biasanya tidak dapat hidup lama.

Bettie Bee

Pada awal kelahirannya doktor haiwan mencadangkan Bettie Bee dimatikan kerana menjangka ia tidak akan hidup lama.

Namun, seorang wanita yang berkemahiran menjaga kucing kurang upaya, mengambilnya untuk dipelihara.

Bettie Bee hebat dan unik dan bersemangat kuat untuk terus hidup. Kita tidak sepatutnya mematikan anak kucing seperti ini kerana ia tidak sakit dan saya mahu memberinya peluang untuk terus hidup

Kedua-dua mulutnya bersambung ke perut menyebabkan Bettie Bee perlu diberi makan menggunakan tiub melalui kedua-dua mulut itu setiap dua jam 30 minit.

Setakat ini ia sihat dan membesar seperti anak kucing normal

Mata tengah anak kucing itu sudah terbuka namun dua lagi matanya masih tertutup.

Wanita terbabit mewujudkan Facebook untuk Bettie Bee, menyiarkan gambar serta video perkembang anak kucing berkenaan dan sudah mempunyai lebih 40,00 pengikut.

Bettie Bee

Masih terlalu awal untuk meramalkan masa depan Bettie Bee sebagai kucing Janus namun penjaganya berharap ia akan hidup lama seperti kucing Janus terkenal, Frankenlouie, yang hidup selama 15 tahun.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here