Selepas semusim tidak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana dipinjamkan ke Home United FC, Hariss Harun jelas teruja apabila kembali memperkuatkan skuad berkenaan berdepan saingan Liga Malaysia (Liga M).

Hariss Harun

Loading...

Jelas tampak mahu melupakan detik kecewa gara-gara tidak dapat menyertai kelab Portugal atau Sepanyol di awal musim, dia berterima kasih kepada pengurusan JDT yang berusaha menempatkannya beraksi secara pinjaman ke Home United.

Saya mahu melupakan apa yang terjadi pada awal musim ini. Kini fokus utama saya adalah membantu JDT mengharungi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada pertengahan Januari dan mengharungi Liga M

Selepas lebih seminggu menjalani latihan kendalian ketua jurulatih, Ulisses Morais, Hariss berasa amat teruja apabila berlatih bersama beberapa pemain berpengalaman seperti Natxo Insa, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa dan beberapa pemain muda.

Hariss Harun

Hariss beraksi untuk kelab Home United FC selama lapan bulan. Menurutnya, perkara tersebut membantu dia untuk memantapkan lagi kekuatan fizikal sekali gus memberi lebih keyakinan apabila kembali berlatih bersama JDT selain ke Thailand bagi latihan pra musim, bulan depan.

BACA JUGA :   TMJ Tetap Bangga Dengan Pencapaian Yang Diperoleh JDT

Skuad Harimau Selatan akan mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan pra musim di Bangkok.

Ia akan menentang Army United FC pada 10 Januari, disusuli pertembungan menentang Chonburi FC (13 Januari) dan aksi terakhir menentang Port FC, 15 Januari.

Hariss Harun

Mengulas persiapan pra musim skuad Harimau Selatan di Thailand, Hariss yang mengisi kuota import ASEAN menyifatkan ia langkah tepat memandangkan kelab-kelab di negara itu memiliki corak permainan berkualiti dan pantas.

Katanya, ia mampu meningkatkan corak permainan skuad Harimau Selatan untuk berdepan musim baharu yang tampak mencabar.

Hariss Harun

Beliau berkata, pengalaman pra musim pada musim lalu ketika mengharungi perlawanan persahabatan di Thailand nyata beri kesan apabila pemain tampak matang dan kesinambungan latihan di sana nanti pasti beri kesan positif terhadap persiapan JDT mempertahankan kejuaraan liga.

Apabila kita muncul juara empat musim berturut-turut, sudah tentu akan berdepan tugas yang lebih mencabar. Tetapi saya optimis JDT yang dibarisi pemain berkaliber dan berpengalaman mahu mengekalkan kejuaraan

Falsafah bola sepak yang diterapkan dalam JDT memainkan peranan penting bagi memastikan corak permainan pasukan itu sentiasa berkualiti dan tidak statik tanpa pembaharuan.

BACA JUGA :   Pemain Bola Sepak Perlu Terapkan Semangat Patriotik Ketika Perlawanan

Hariss Harun

Katanya lagi, dia berasa kagum selepas semusim tidak bersama JDT tetapi banyak perubahan dilakukan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari HarianMetro

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here