Bola sepak telah menjadi nadi negara setelah sekian lama akan tetapi pemain sekarang diingatkan supaya meletakkan jiwa dan semangat patriotisme ketika bermain menentang pihak lawan.

Menurut bekas pemain bola sepak kebangsaan 1986 hingga 1993, Muhamad Radhi Mat Din, 53, semangat patriotisme dalam kalangan pemain semakin pudar. Terdapat segelintir pemain negara mahupun pemain skuad tempatan yang lebih mementingkan imbuhan dan ganjaran semata-mata.

Patriotik

Tambahnya lagi, kebanyakan pemain bola sepak sekarang nampaknya lebih mementingkan imbuhan, berbeza dengan pemain dahulu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memastikan pasukan mereka beroleh kejayaan.

“Jiwa kami terhadap sukan bola sepak terlalu besar, sebab itu dulu kami bermain dengan penuh kesungguhan dan akan rasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila pasukan yang kami wakili peroleh kejayaan,” katanya.

Patriotik

Sementara itu, Khamal Idris Ali, 48, yang merupakan bekas pemain di posisi pertahanan bagi skuad kebangsaan 1993 hingga 1996 dan pemain Kedah 1987 hingga 2000 berkata pemain perlu berasa bangga dan membawa semangat patriotisme apabila dipilih mewakili negara kerana bukan semua pemain diberi peluang menggalas nama Malaysia.

Khamal Idris berkata pada masa dahulu, nak bawa nama Malaysia ini berat sebab itu kami berjuang habis-habisan dalam padang semasa menentang pihak lawan. Apabila menang, perasaan bangga ketika itu tiada siapa yang tahu, tambahan pula dengan sokongan penyokong”.

Patriotik

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap terlalu memikirkan soal ganjaran dalam kalangan pemain kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23).

Dalam pada itu, Khamal Idris yang juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata cara permainan pemain dahulu dan sekarang telah banyak berubah mengikut peredaran zaman dan kecanggihan teknologi yang ada dalam sukan bola sepak ini.

Patriotik

“Cara pemain sekarang lebih kepada kepantasan manakala kami dahulu lebih memfokuskan kepada kemahiran tetapi bola sepak sekarang sudah moden hingga membolehkan kajian untuk mengenal pasti kesesuaian pemain untuk bermain di posisi mana boleh dilakukan. Jadi, saya tidak boleh cakap dahulu bagus dan sekarang tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khamal Idris berkata pemilihan jurulatih import untuk melatih sesebuah pasukan tidak bermakna jurulatih tempatan tidak bagus sebaliknya ia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Patriotik

“Sebelum ambil jurulatih kita kena pilih betul-betul dan kaji pencapaian dia. Jurulatih luar ini ada kelebihan dari segi bawa idea-idea corak permainan baharu dan yang tidak sinonim dengan kita, tapi kekurangan adalah sama ada pemain kita dapat ikut rentak dan idea yang dibawa.

Namun Muhamad Radhi yang juga bekas penolong jurulatih  Kedah sejak 2004 hingga 2013 mengakui jurulatih tempatan turut mempunyai kemahiran serta kebolehan dalam mengendalikan sesebuah pasukan bola sepak setanding jurulatih luar negara.

Patriotik

“Persepsi masyarakat terhadap jurulatih tempatan perlu diubah. Kalau anak tempatan ini tidak mempunyai kecekapan untuk membimbing pasukan, jadi kita perlu hantar mereka untuk mendalami ilmu kejurulatihan bukan dengan mengambil jurulatih dari luar,” katanya.

Katanya, Tan Cheng Hoe, Muhammad Nidzam Adhza Yusoff dan Dollah Salleh adalah antara jurulatih tempatan yang terbaik dan mampu membimbing pasukan mereka hingga meraih pelbagai kejayaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Dipetik dan diolah dari malaysiadigest.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here