Kemalangan Ngeri
Seorang wanita terputus kepalanya selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46.4, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), pagi tadi. Dilaporkan, kereta wanita itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, nahas kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah Sepang, Selangor menuju ke arah Nilai.

“Rempuhan itu menyebabkan wanita itu tercampak keluar dari kenderaan lalu terlanggar besi penunjuk arah jalan sehingga mengakibatkan kepalanya putus”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa berada di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan. Walaubagaimanapun, punca sebenar kereta itu terbabas masih belum dapat dikenalpasti.

Mayat kini dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat.
Kepada anda yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan terdekat ini, dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan luangkan masa untuk berehat sebentar sekiranya berasa penat atau mengantuk.
Ingatlah orang yang tersayang !
Kredit : Artikel ini dipetik daripada Antarapos
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com