Menurut bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan pingat kebesaran yang diterimanya daripada Sultan Selangor adalah tindakan terhormat yang patut dilakukan.

Zaid berkata demikian selepas sumber rapat bekas perdana menteri itu mengesahkan pingat tersebut dikembalikan berikutan kritikan keras terhadapnya oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Zaid

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bari, ketika dihubungi enggan memberikan komen dan berkata kenyataan akan dikeluarkan sekiranya perlu.

Pingat tersebut dipulangkan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-72 hari ini.

“Apabila sultan mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu mengisytiharkannya sebagai orang yang tidak diingini secara terbuka, Tun tidak lagi boleh menyandang gelaran yang diberikan kepadanya.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M
Zaid
Sumber foto: Free Malaysia Today

“Ia satu-satunya tindakan terhormat yang beliau boleh dilakukan,” kata Zaid.

Sultan Sharafuddin pada mulanya mengkritik Dr Mahathir berikutan ucapannya semasa perhimpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan Oktober lalu di mana beliau merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”.

Kerabat diraja Selangor juga berketurunan Bugis.

Dr Mahathir menegaskan kenyataan beliau itu hanya ditujukan kepada Najib dan bukan masyarakat Bugis.

Zaid

Sultan Selangor seterusnya mengkritik Dr Mahathir melalui wawancara yang diterbitkan akhbar The Star dan Utusan Malaysia.

Sultan Selangor terdahulu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menganugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Dr Mahathir pada 1978.

Pada 2003, selepas bersara sebagai perdana menteri, Sultan Sharafuddin menganugerahkannya darjah kebesaran Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK).

BACA JUGA :   Tun M Dedah Sebab Kenapa Beliau Ambil Alih Portfolio Menteri Pelajaran

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari FMT

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here