Donald Trump
sumber foto : utusan

Donald Trump yang baru dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) mendapat bantahan jutaan penunjuk perasaan di seluruh dunia. Setelah menjadi presiden AS Trump juga bertindak secara agresif mengundang kemarahan penduduk di Los Angeles, New York, Chicago, Denver dan Boston.

 

Pada kali ini 1000 penunjuk perasaan Switzerland membuat bantahan tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat untuk menghadiri WEF akan datang. Forum Ekonomi Dunia (WEF) akan diadakan di Switzerland dan akan dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Donald Trump juga dijangka akan memberikan ucapan ketika perhimpunan antarabangsa dan pemimpin dunia di Davos Jumaat ini.

Donald Trump
sumber foto : global

Menurut laporan AFP melaporkan, kumpulan penunjuk perasaan berarak menuju ke arah Bandar serta membuat jeritan ‘trump tidak dialu-alukan’, berulang kali mereka laungkan dengan suara lantang.

BACA JUGA :   Joe Bidin Perlukan 6 Undi Untuk Tewaskan Trump

Segelintir mereka ada membawa kain rentang serta sepanduk untuk menampakkan lagi bantahan mereka yang bertulis ‘bunag Trump’ dan ‘Switzerland mengundang Nazi’. Mereka dilihat bersungguh-sungguh melakukan bantahan tersebut.

“Kami membantah Trump dan WEF. Perbincangan antara satu peratus golongan kaya dunia dan seorang lelaki menjadi pencetus kepada suasana agresif terhadap golongan wanita minoriti. Dia tidak dialu-alukan di Switzerland,” kata Presiden Sosialis Muda Switzerland, Tamara Funiciello.

Donald Trump
sumber foto : utusan

Turut dihadiri oleh golongan aktivis anti-global dan alam sekitar serta organisasi Kurdis dan Palestin.

“Donald Trump merupakan penjelmaan seksisme, perkauman, eksploitasi dan rasuah”, kata jurucakap Pergerakan Sosialisme, Michel Zahn.

Kritikan terhadap Presiden Amerika berterusan berikutan beliau bersikap anti-imigresen dan lebih merumitkan apabila didapati bertindak mencabul wanita pada pilihan raya lalu.

BACA JUGA :   OIC Sebulat Suara Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Palestin

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : malaysiandigest

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here