Seorang ibu tunggal bersama dua anaknya di Kampung Landar, Slow Machang tinggal di ruang yang sempit, tiada bilik tidur mahupun dapur apatah lagi ruang tamu. Namun, di situlah syurga buat mereka.

Bagaimanapun, Nik Fuziah Nik Mat, 56, tetap bersyukur apabila dia dan anak-anaknya, Mohd Nazmi Nazri, 21, dan Norhazwani, 18, masih mempunyai tempat untuk berteduh daripada hujan dan panas walaupun perlu bersempit di ruangan dapur itu.

dapur
Gambar Hiasan

Tempat yang digunakan oleh mereka untuk berteduh ini merupakan ruangan dapur rumah lama ibu bapa saya yang masih boleh digunakan walaupun strukturnya sudah tidak kukuh dan bumbung pula bocor.

Oleh kerana ia percuma tanpa perlu menyewa, mereka gagahkan diri untuk tinggal di sini selepas kematian suami, Nazri Yasin pada 2014 lalu akibat jangkitan kuman.

dapur
Gambar Hiasan

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan dari Yayasan Amal Datuk Zul Wisma.

Dalam kunjungan itu, Pengerusi Yayasan berkenaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamed turut menyampaikan sumbangan zakat dan sekampit beras untuk kegunaan keluarga berkenaan.

Menurutnya, sudah hampir tiga tahun mereka tinggal di sini selepas tidak mampu tinggal di rumah lama dengan sewa bulanan sebanyak RM80.

Katanya, semasa suami masih hidup dengan pendapatan arwah sebagai pengawal keselamatan mereka masih mampu untuk menyewa rumah berkenaan.

dapur
Gambar Hiasan

Nik Fuziah berkata, ketika ini dia bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sebagai tukang masak di sebuah pusat tahfiz untuk menyara keluarga.

Upah sebanyak RM25 sehari itu hanya cukup untuk perbelanjaan dapur serta anak-anak sahaja.

“Lagipun, anak sulung saya masih belajar di peringkat diploma di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Puchong, Selangor manakala yang bongsu pula sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

dapur
Gambar Hiasan

Nik Fuziah berkata, selain bumbung rumah bocor, dia dan keluarga berdepan masalah banjir kilat.

Katanya, hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kawasan rumah mereka akan dimasuki air.

“Jadi saya dan anak-anak terpaksa menumpang di rumah ibu kerana hanya itulah pilihan yang ada.

dapur
Gambar Hiasan

“Kami tidak boleh menumpang lama di rumah ibu kerana rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) miliknya itu sudah didiami oleh kakak serta anaknya,” katanya.

Sementara itu, Zulkepli berkata, beliau berharap sumbangan yang dihulurkan itu mampu membantu meringankan beban keluarga ibu tunggal berkenaan.

“Kami terpanggil untuk membantu keluarga ini sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kesempitan hidup yang dialami oleh mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal berkenaan boleh menyalurkannya ke akaun miliknya di Bank Islam Malaysia (BIMB) 03-027-02-063401-8 milik Nik Fuziah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: TheMalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here