Serangan peluru berpandu balistik telah dibuat oleh kumpulan pemberontak Houthi Yemen terhadap Riyadh dan Mekah. Malaysia menegaskan serangan peluru bukan hanya melanggar kedaulatan Arab Saudi dan juga merupakan ancaman terhadap keselamatan dan keamanan di suluruh dunia.

peluru

Malaysia menegaskan serangan peluru berpandu balistik kumpulan pemberontak Houthi Yemen terhadap Riyadh dan Mekah bukan hanya melanggar kedaulatan Arab Saudi tetapi juga merupakan ancaman terhadap keselamatan dan keamanan di seluruh dunia.

peluru

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, Malaysia amat prihatin dengan laporan Teheran telah membekalkan puak militan Houthi di Iran dengan peluru berpandu balistik tersebut.

Dengan menyasarkan kota suci Mekah, pada dasarnya mereka (kumpulan pemberontak Houthi Yemen) turut menyerang teras kepercayaan kita.

Oleh itu adalah penting polisi untuk tidak campur tangan iaitu tidak ada mana-mana negara patut membekalkan kumpulan pemberontak Houthi Yemen dengan peluru berpandu balistik selaras dengan gencatan senjata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2216.

 

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi semalam bagi membincangkan isu serangan peluru berpandu balistik kumpulan pemberontak Houthi Yemen.

peluru

Kumpulan pemberontak Houthi Yemen telah beberapa kali melancarkan peluru berpandu ke arah Arab Saudi sehingga mencetuskan ketegangan antara negara itu dengan Iran.

Pada Julai tahun lalu pula, pasukan pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi Yemen berhampiran Mekah.

peluru

Menurut Hishammuddin, Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan pemberontak tersebut yang mensasarkan Mekah kerana tindakan itu adalah pencerobohan yang jelas tidak menghormati Mekah sebagai kota suci umat Islam.

Justeru kata beliau, Malaysia akan berdiri teguh menyokong kerajaan Arab Saudi memandangĀ­kan sebarang ancaman yang berlaku terhadap negara tersebut akan menyebabkan ketidakstabilan berlaku di Timur Tengah.

Malaysia akan sentiasa bersama-sama kerajaan Arab Saudi dalam mempertahankan keamanan negara berkenaan dan kota suci Mekah serta Madinah.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuk semua umat Islam dalam memastikan Mekah kekal sebagai tempat perlinduĀ­ngan yang damai dan aman untuk semua.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: TheMalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here