Rus Nur Adilla Rusli mengatakan tiba tiba ada bau hangit dan bunyi letupan di sebelah pipi kirinya. Dia terkejut apabila power bank yang diletakkan di atas katil secara tiba-tiba meletup.

Kejadian itu menyebabkan beberapa bahagian tilam di dalam biliknya di rumahnya di Klang, Selangor, rosak terbakar.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana tidak berada di atas tilam terbabit dan sempat menghidu bau hangit ketika cuba untuk tidur.

Ada hikmah saya tidak dapat tidur malam tadi. Ketika saya cas power bank dan letak di atas tilam sebelah bantal saya baring tiba-tiba ada bau hangit. Saya terus bangun dan melompat dari katil selepas mendapati power bank saya dah mula meletup dan mengeluarkan api.

Rus Nur Adilla terus meminta pertolongan daripada ayahnya yang berada di bilik sebelah dan pada mulanya berjaya memadamkan api sebelum merebak.

BACA JUGA :   'Powerbank' Terlalu Panas Jadi Punca Sebuah Kereta Kancil Terbakar

Bagaimanapun, ketika ayahnya cuba mengangkat peranti berkenaan secara tiba-tiba power bank terbabit meletup kembali.

power bank

Ayahnya menyuruh untuk mengambil kain basah dan menutup powerbank tersebut. Selepas melihat api sudah tidak ada, ayahnya mahu mengambil power bank itu untuk dibuang.

Tetapi secara tiba-tiba power bank itu meletup sekali lagi dan nasib baik abah sempat mengelak daripada terkena percikan api dari power bank tersebut.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, dia tidak pasti punca letupan itu dan power bank berkenaan baharu saja dibeli secara dalam talian di sebuah portal beli-belah terkenal.

power bank

“Nak kata overcharge tak juga sebab saya baru saja charge power bank itu” katanya lagi.

BACA JUGA :   'Powerbank' Terlalu Panas Jadi Punca Sebuah Kereta Kancil Terbakar

Tambahnya, dia masih trauma dengan kejadian terbabit dan berharap ia dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Tolong berhati-hati. Jangan letak power bank itu dekat dengan barang-barang mudah terbakar. Kalau tidak, macam inilah jadinya. Perkongsian ini bukan untuk menakutkan orang tetapi untuk diri saya agar lebih berhati-hati dan mungkin anda semua juga perlu berhati-hati.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here