Di manakah perasaan belas kasihan anda terhadap haiwan? Mengapakah anda ingin mengambil kepentingan haiwan yang dikurniakan oleh Tuhan?

Haiwan kini kebanyakannya hampir pupus, kita perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga mereka kerana haiwan juga merupakan kurniaan yang diberikan oleh Tuhan.

Buaya

Pihak berkuasa pemuliharaan Indonesia kini berusaha mengesan dan menyelamatkan seekor buaya air masin daripada mati tercekik selepas tayar motosikal tersangkut di lehernya lebih setahun lalu.

Buaya sepanjang empat meter itu sering dilihat di sebatang sungai yang menyusuri ibu kota wilayah Sulawesi Tengah di sini sejak 2016.

Buaya

Namun, video terbaharu dirakam penduduk tempatan menunjukkan reptilia terbabit bergelut untuk bernafas menyebabkan pegawai bimbang tayar terbabit secara perlahan membunuhnya.

BACA JUGA :   Peluang Belajar Di Universiti Luar Negara Bersama DAULAH EDUCOSULT

Pakar pemuliharaan percaya seseorang mungkin sengaja meletakkan tayar itu sebagai perangkap untuk menangkapnya untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Buaya

“Tahun lalu, kami melihat masih ada ruang untuk leher buaya bergerak namun kami tidak akan menunggu sehingga tayar itu menjerutnya,” kata ketua agensi pemuliharaan tempatan dikenali Haruna.

Haruna berkata, agensi itu kekurangan peralatan sesuai untuk menyelamatkan reptilia itu, menyebabkan cubaan mengesan buaya itu setakat ini gagal.

Pihak berkuasa yang menentang penggunaan pelali, menggunakan perangkap keluli yang diletakkan di dalam sungai ketika paras air cetek.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Minat Bidang Farmasi & Perubatan? Daulah Educonsult Sedia Membantu

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here