roti canai
Sumber foto : Sinar Harian

Meskipun kini harga minyak masak, tepung gandum dan beberapa bahan mentah sering naik harga, namum seorang peniaga di Kampung Tengah, Segamat masih kekal menjual roti canai dengan harga 50 sen sahaja.

Menurut peniaga tersebut, niat untuk menjual roti canai 50 sen itu sebenarnya sudah lama difikirkan bersama isterinya sejak dua tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu berikutan ketiadaan tapak yang sesuai untuk berniaga.

roti canai 50 sen
Gambar sekadar hiasan

Dengan pertolongan Tuhan, secara kebetulan ada seorang peniaga di tapak kedai hadapanĀ  rumah bapa angkatnya sudah berhenti berniaga. Itu sekaligus membuka peluang bagi Rozaini dan isterinya untuk menggunakan tapak itu bagi berniaga roti canai 50 sen dengan modal yang sedikit.

Jika diikutkan, berniaga roti canai 50 sen dengan keadaan ekonomi sekarang memang tidak mendatangkan banyak keuntungan. Namun, dia tidak begitu kisah kerana niatnya hanyalah untuk berbuat amal dan kebaikan kepada masyarakat setempat.

Walaupun berharga 50 sen, namun dia tidak pernah sesekali mengabaikan aspek kebersihan, kualiti dan rasa pada semua hidangannya. Berkat niat murninya itu, kira-kira 500 keping roti canai habis terjual dalam masa sehari. Bukan setakat Segamat, malah ramai juga pelanggan yang sanggup datang jauh dari Batu Pahat, Pasir Gudang dan luar Johor ke kedainya.

roti canai 50 sen
Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh pelajari dari berita ini. Jika niat kita murni untuk menolong masyarakat, nescaya Tuhan pasti akan mempermudahkan segala urusan kita.

Diharapkan lebih ramai lagi peniaga di luar sana yang mempunyai hati yang murni seperti Rozaini dan tidak mengenakan harga yang cekik darah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Sumber : Sinar Harian

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here