FIFA Umum Ranking Terbaru, Kedudukan Harimau Malaya Jatuh Lagi

0
2310
Harimau Malaya

Menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kedudukan skuad Harimau Malaya jatuh lagi satu anak tangga daripada tempat ke-174 kepada 175. Perubahan ranking itu juga turut menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan ke-36 Asia dan kelapan di Asia Tenggara.

harimau malaya
Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA. Sumber : FIFA.com

Pedih untuk diakui, namun ranking bola sepak pasukan negara sudah sama dengan tahap negara-negara dunia ketiga. Memang sangat memalukan apabila setiap kali ranking FIFA diumumkan, kedudukan Harimau Malaya pasti merudum lagi.

Mengulas mengenai ranking terbaru ini, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dengan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya.

Harimau Malaya
Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor

 “Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan ini dan pada setiap kali pasukan kebangsaan kalah atau kedudukan menurun,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan ringkas dalam akaun laman sosial Facebook FAM.

BACA JUGA :   Penurunan Kes COVID-19 di Sabah Sebanyak 517 Kes.

Kedudukan skuad kebangsaan sebelum ini telah dipintas oleh Kuwait yang berada di ranking ke-174 dan berita tersebut diperoleh selepas pencapaian skuad bawah 23 (B-23) tahun yang mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kelmarin.

Di tangga ke-175, Malaysia berada di belakang semua negara-negara Asia Tenggara kecuali Brunei, Laos dan Timor Leste. Negara jiran iaitu Singapura berada di tangga ke-173 manakala Thailand pula di kedudukan ke-129.

Sementara itu, kedudukan ranking No.1 dunia masih lagi milik Jerman yang telah mengumpul 1602 mata lebih 119 mata daripada pasukan di tempat kedua Brazil manakala Portugal menghuni ranking ketiga. Mengikuti rapat di belakang juara Euro 2016 itu adalah pasukan Argentina dan Belgium.

BACA JUGA :   IMAMS Punca Ibadah Umrah Kini Dikenakan Cukai GST
Jerman masih gah di ranking nombor 1

Diharapkan pihak berkepentingan seperti FAM dan sebagainya dapat mencari solusi yang terbaik untuk memperbaiki ranking pasukan bola sepak negara.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here