Pengguna media sosial pro pembangkang mula melancarkan kempen #UndiRosak sebagai protes terhadap pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan.

Kempen berkenaan turut menggesa rakyat untuk memboikot Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara tersebut mendapat perhatian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menggesa rakyat untuk menolak kempen #UndiRosak walaubagaimanapun statusnya di Facebook mendapat sambutan sebaliknya.

Rata-rata pengguna Facebook meninggalkan komen mengecam tindakan Izzah bersama Pakatan Harapan menjalin hubungan dengan Dr Mahathir selepas hampir 20 tahun menentang.

Suhaimi Ismail menegaskan, samaada untuk menyokong Pakatan Harapan, BN atau melakukan undi rosak adalah pilihan rakyat mengundi dan beliau tidak akan mengundi Pakatan Harapan selagi Dr Mahathir masih bersama gagasan tersebut.

“#UndiRosak pilihan kami. YB boleh teruskan bersama mamak kutty yang zalimi bapa kamu dan rakyat. Aku hampir makan boot FRU masa sama-sama protes kezaliman mamak kutty terhadap bapa kamu dahlulu.

“Sekadar sepenggal lagi beri pada Najib takde hal. Kami boleh bertahan kerana kami ini adalah mereka yang terselamat 22 tahun (pemerintahan) MAHAFIRAUN!

“Ini kalilah #UndiRosak!,” tegas Suhaimi.

kempen

“Kenapa ambil Mahathir jadi pemimpin pakatan pula. Dia tu mahafiraun. Ayah kau kena penjara dek gara-gara dia. Lepastu lantik dia pulak jadi pemimpin. Hello? Orang lain lebih layak la,” komen Zamm Shamrin.

“Rakyat Malaysia akan ajar Pakatan Harapan apa erti sebenar kuasa rakyat #UndiRosak,” kata Nzam Liv.

Rizam Yahaya pula berkata tidak akan melakukan undi rosak sekiranya Izzah boleh meyakinkan beliau mengapa rakyat perlu menyokong Pakatan Harapan.

Aktivis dan penulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’, ZF Zamri juga terkilan apabila Dr Mahathir yang ditentang selama 20 tahun kini ‘disucikan’ oleh kumpulan pembangkang sendiri.

kempen

Tegas beliau, darah ditangan Dr Mahathir tidak akan hilang walaupun Pakatan Harapan menjalankan sejuta propaganda untuk membersihkan nama bekas Perdana Menteri itu.

Ujarnya, beliau yang membesar dengan nukilan aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais terhadap pemerintahan gaya autokratik-autoritarian Dr Mahathir selama 22 tahun kecewa apabila aktivis berkenaan kini menyambut bekas Perdana Menteri itu dengan tangan terbuka.

Tegas ZF Zamri, keterdesakan Pakatan Harapan sehingga terpaksa menggunakan Dr Mahathir demi menarik tiga hingga lima peratus undi Melayu memberi signal kepada pengundi muda untuk memboikot pilihan raya akan datang.

kempen

“Propaganda meletakkan muka Dr Mahathir sebagai muka depan PH adalah sejenis propaganda jahat untuk menipu orang Melayu di kampung-kampung.

“Jadi, hari ini perlawanan politik yang sedang kita saksikan bukanlah perlawanan ideologi atau pertarungan dasar siapa yang paling ampuh untuk dimajukan kepada masyarakat,” ujarnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: The Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here