Malaysia menyambut khabar gembira apabila sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang-Liang telah melahirkan seekor bayi panda beberapa hari yang lalu. Ini merupakan kali kedua bayi daripada spesis tersebut dilahirkan di negara ini, setelah kelahiran Nuan-Nuan pada 18 Ogos 2015.

panda malaysia
Nuan-Nuan yang telah dipulangkan kembali kepada China

Dalam kegembiraan itu, masih ramai yang tidak tahu bahawa kos untuk memelihara dan menempatkan spesis panda di Zoo Negara adalah sangat tinggi, hingga mencecah puluhan juta ringgit.

Jika menurut sejarah, Malaysia menerima sepasang panda gergasi daripada China sebagai tanda penghargaan di atas 40 tahun menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Namun, ianya bukanlah hadiah yang diberi percuma.

panda
PM Najib Razak dan isteri di Zoo Negara

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk memelihara spesis berkenaan. Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

BACA JUGA :   Benarkah Susu Marigold HL Tidak Boleh Diminum Kerana Menyebabkan Keracunan?

Bukan itu sahaja, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan pameran khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya pula dibiayai oleh kerajaan. Kos penjagaan oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua-dua spesis itu membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun sahaja.

panda
Sumber makanan spesis ini antara yang menelan banyak belanja

Walaubagaimanapun, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar iaitu Datuk Seri Wan Junaidi memberitahu bahawa Malaysia akan cuba berunding dengan China untuk memastikan bayi panda terbaru ini kekal dibesarkan di Malaysia.

Tidak dinafikan, kos untuk memelihara spesis terancam ini memang sangat tinggi. Tidak hairanlah mengapa ada segelintir yang menentang usaha menempatkan haiwan daripada China ini di Zoo Negara.

BACA JUGA :   Perkhidmatan Spa Dan Panggung Wayang Dibenar Beroperasi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here