Adakah anda sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan hati seseorang yang anda sayang?

Walaupun kebanyakkan dari anda semestinya sanggup melakukan apa sahaja, adakah anda sanggup untuk meredah cuaca yang sejuk untuk membeli sepasang baju yang baru buat isteri anda?

Saya tidak pasti, jawapannya terletak pada anda. Akan tetapi terdapat seorang lelaki yang sanggup meredah ribut salji semata-mata untuk membeli sepasang baju buat isteri kesayangannya.

Zhao

Zhao Fangzi, berumur 60 tahun yang menetap di Henan, China telah berjalan sejauh 40 km menuju ke rumahnya.

Perkara yang paling menerujakan adalah apabila Zhao Fangzi sanggup berjalan kaki dan tidak menggunakan kenderaan atau pengangkutan awam.

Dia memutuskan untuk berjalan kerana pengangkutan awam bas telah ditutup buat sementara waktu berikutan ribut salji yang lebat sekali.

BACA JUGA :   Majikan Beri Bonus Sebanyak 19K Secara Tunai Kepada Pekerja Mereka!

Zhao

Memilih untuk tidak menggunakan wang sebanyak 200 yuan (RM 121.87) untuk pengangkutan teksi atau menempah sebuah bilik di hotel sementara menunggu ribut salji reda, dia dengan berani dan penuh keazaman menempuh ribut salji seorang diri dengan berjalan kaki.

Zhao mengatakan bahawa dia sanggup melakukan sebegitu kerana ingin membeli sepasang baju baru untuk si isteri pada sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, “wang tidak datang bergolek dengan mudah sekali”. Saya juga bersetuju terhadap apa yang diperkatakan olehnya. Saya sangat menyanjungi akan keazamannya.

Zhao

Dia sanggup membawa barangannya termasuklah tikar, kipas dan tilam. Dengan membawa barangan tersebut, rasa sejuk yang membelenggu pun hilang.

“Lebih banyak saya berjalan, saya berasa kurang sejuk”.

BACA JUGA :   Xiaomi Bakal Menambah Lagi Mi Stores Di Malaysia

Selain itu, Zhao yang merupakan pekerja kontraktor dengan gaji sebanyak 2,000 yuan (RM 1, 225.43) sebulan mengatakan bahawa dia perlu berkorban untuk isterinya. Wah, kasih sayang yang amat mendalam!

Zhao

“Saya sudah berumur 60 tahun dan perlu berehat. Kami juga disediakan pencen” katanya.

Kisah Zhao telah menyentuh ramai pihak dan sesetengah dari mereka meninggalkan komen untuknya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here