Anda Ingin Mencuba Lipstick Matte?
Jika anda penggemar “make up” dan pertama kali ingin mencuba memakai lipstick matte, bolehlah anda mencuba yang telah disenaraikan di sini. Buat permulaan, kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memilih lipstick matte.
Andakah Matte Semua Sama?
Terdapat pelbagai jenama yang menawarkan hasil matte yang menarik, akan tetapi tidak semuanya berkenan di hati. Mungkin setiap jenama mempunyai kod yang sama, tetapi mempunyai warna yang sedikit berbeza.
Disebalik Matte
Matte, apabila anda memakainya ia akan terus mengering dan bibir anda akan tampak berkilat. Kelebihan lipstick ini adalah ianya cepat mengering, warnanya cantik, tahan lebih lama dan bibir anda kelihatan lebih menonjol. Kekurangannya adalah jika bibir anda cepat mengering, sebaiknya anda memakai lip balm terlebih dahulu. Jika solekan anda lebih tertumpu kepada bibir, matte adalah pilihan yang sangat sesuai.
4 Jenama Matte Yang Sesuai Untuk Beginners
- NYX Soft Matte Lip Cream
Disediakan dengan 34 variasi warna yang cantik dan pekat. NYX Soft Matte boleh bertahan antara 3-5 jam. Mengambil masa 5-10 minit untuk kering, NYX Soft Matte ini sesuai untuk anda yang gemarkan warna yang natural. Terdapat sesetengah orang yang kreatif, mereka juga menggunakannya sebagai “blusher”.
- SLEEK Ultra Smooth Matte Me Lip Cream
Lipstick ini lebih cepat kering berbanding yang lain tetapi anda masih boleh “touch-up” mana yang perlu. Jenama ini juga menyediakan variasi warna yang menarik!
- SILKY GIRL Matte Junkie Lip Cream
Silky Girl Matte ini merupakan antara matte yang mudah untuk dicari kerana ia disediakan di drug store berhampiran anda. Disediakan dengan 9 variasi warna, anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Jika anda menggunakannya, ia tidak melekit dan cepat kering.
- ELIANTO Brilliant Riche Lip Colour
Jenama ini mempunyai 6 variasi warna dan kering dengan pantas sekali! Anda tidak perlu untuk mengoleskan dengan banyak kerana apabila ia kering, warnanya akan kelihatan lebih pekat.
Peringatan Buat Anda!
Lipstick matte akan membuatkan anda rasa lebih ringan di bibir tetapi ia juga boleh mengeringkan bibir anda dengan lebih cepat sekali. Nasihat yang terbaik untuk anda adalah apabila anda ingin membelinya, lihatlah produk terlebih dahulu dan pastikan anda menyediakan lip balm di dalam beg tangan anda.
Cuma jika anda ingin lipstick and untuk tahan lebih lama, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Hal ini kerana, minyak akan membuatkan lipstick anda lebih cepat tertanggal dan ia tidak akan kekal lama.
Ini hanyalah antara 4 jenama matte yang saya rasakan bersesuaian dengan saya dan berpatutan. Anda boleh mencuba apa yang anda inginkan.
Selamat mencuba!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com