Jika anda rajin melayari media-media sosial sehari dua ini, pastinya anda akan ternampak banyak posting yang mengecam logo terbaru Visit Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz di Forum Pelancongan Asean (ATF) Chiang Mai beberapa hari yang lalu.

Visit Malaysia 2020
Logo Visit Malaysia 2020 yang teruk dikecam

Anehnya, logo tersebut nampak seakan-akan imej setem untuk sampul surat. Di tengah-tengahnya ditunjukkan gambar orang utan sedang memeluk seekor monyet. Di penjuru kanan bawah logo itu juga terdapat gambar seekor penyu. Ketiga-tiga haiwan tersebut memakai kaca mata hitam.

Keseluruhan logo tersebut menggunakan Menara Berkembar Petronas dan tahun 2020 sebagai latar belakang. Turut diketengahkan adalah slogan Travel.Enjoy.Respect.” yang tertulis di bahagian bawah.

Visit Malaysia 2020

Rata-rata netizen sangat  tidak berpuas hati dengan logo tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘buruk’. Ada yang memberikan komen-komen seperti, “Logo ini memang buat malu Malaysia je. Macam mana menteri boleh tak sedar dengan benda-benda camtu ?”

“Nak promote Visit Malaysia 2020 tapi logo ni menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang tak pandai design. Patutnya suruh je graphic designer yang hebat untuk design logo tu”

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Nazri Aziz berkeras tidak mahu mempedulikan segala kritikan yang diberikan dan akan tetap menggunakan logo itu untuk mempromosikan Visit Malaysia 2020 di mata dunia.

Visit Malaysia 2020
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz

Ujarnya, “Kritikan itu normal, kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Kalau nak tunggu semua orang puas hati, sampai tahun 2020 pun logo tak akan siap”.

Tambahnya lagi, jabatan yang menghasilkan logo tersebut adalah mereka yang bertanggungjawab menghasilkan kesemua logo Tahun Melawat Malaysia bermula dari tahun 1990 hingga sekarang. Jadi, beliau lebih mempercayai kakitangan tersebut berbanding netizen.

Lagipun logo itu dibuat untuk menarik pelancong luar, dan bukannya rakyat Malaysia”, katanya.

Hmmmm jadi apa pendapat anda ? Setuju ke tak setuju ? jawab dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here