Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines amat berpuas hati dengan penajaannya ke atas kelab bolasepak terkemuka England, Liverpool. Tambahan lagi, MAS tidak menolak hasrat untuk meneruskan penajaannya selepas tempoh penajaan selama tiga tahun akan tamat pada 2019.

MAS

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Kapten Izham Ismail berkata, pencapaian Liverpool dalam liga perdana Inggeris memberi impak positif kepada imej MAS, yang jenamanya dapat dilihat pada papan iklan di stadium Anfield.

Menurut beliau, MAS yang menaja pasukan itu sejak tahun lepas, turut menerima reaksi besar daripada para penyokong kelab itu di destinasi-destinasi MAS berope­rasi.

Semuanya menyatakan bahawa mereka amat berpuas hati dan gembira kerana hubungan itu jelas mendatangkan banyak nilai tambah kepada MAS.

MAS

Tambahnya lagi, mengapa tidak menyambungkan penajaan selepas ini? Mereka boleh berbincang dan jika syarat-syarat itu dipersetujui bersama, MAS bersedia akan meneruskan penajaan sebagai syarikat penerbangan rasmi Liverpool FC. Melainkan jika LVC tidak mahu terhadap tawaran tersebut.

BACA JUGA :   KESILAPAN INDIVIDU PUNCA KEKALAHAN LIVERPOOL

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran penerbangan sulung pesawat A350 baharu milik MAS dari London ke Kuala Lumpur, di lapangan terbang Heathrow, baru-baru ini.

MAS

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan wakil Khazanah Nasional di UK, Hazman Hilmi Sallahuddin.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua legenda Liverpool iaitu Ian Rush dan Robbie Fowler, yang turut mengadakan majlis menandatangani autograf kepada orang ramai.

Fowler semasa berucap memberitahu, beliau bersama seorang lagi legenda, John Barnes telah terlibat dalam pembikinan filem pendek MAS di Sarawak, yang me­nyaksikan mereka berdua beradu menyumpit di sebuah rumah panjang.

MAS
Ian Rush

Difahamkan video yang pertama kali dipertontonkan kepada umum di Heathrow itu akan ditayangkan menerusi saluran media sosial MAS tidak lama lagi.

BACA JUGA :   Operasi Pencarian MH370 Akan Disambung Meskipun Sudah Menelan Belanja $200 Juta ?

Semasa para pemain menga­da­kan jelajah musim panas ke Hong Kong tahun lepas, mereka telah diterbangkan menggunakan pesawat khas Malaysia Airlines.

MAS berjaya mendapat kontrak penajaan ke atas Liverpool untuk tempoh selama tiga tahun, bermula tahun lepas.

MAS
Robbie Fowler

Ketika ditanya, Kapten Izham tetap enggan mendedahkan nilai sebenar penajaan syarikat pener­bangan negara itu tetapi menegaskan, ‘nilai tambah’ yang diraih oleh MAS daripada Liverpool adalah berbaloi.

Liverpool memiliki berjuta-juta penyokong di seluruh dunia. Dengan jenama Malaysia Airlines terpampang di Anfield semasa perlawanan, ia memberi impak positif ke atas kita.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: TheMalaysianDigest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here