Pasukan Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai Na’Vi, kini boleh menarik nafas lega apabila slot direct invite terakhir untuk ke ESL One Katowice Major kini diberikan kepada mereka. Ini bermakna Na’Vi akan muncul dalam dua pertandingan Major pada awal tahun 2018 ini. Satu lagi pertandingan Major yang disertai Na’Vi selain ESL One Katowice adalah PGL Bucharest yang akan berlangsung di Romania.

Katowice
Sumber foto : ESL

Peluang ini sememangnya sangat berharga buat Na’Vi untuk memperbaiki kutipan mata kelayakan Dota Pro Circuit ranking mereka. Setakat ini, mereka berada di tangga ke-9 di belakang OG dan Vici Gaming yang terikat di tangga ke-7.

dota 2

Mata kelayakan ini adalah sangat penting bagi melayakkan mereka ke pertandingan Dota 2 terbesar dunia iaitu The International 8 yang akan berlangsung tahun ini. Dengan penyertaan OG dan Vici Gaming di dalam beberapa pertandingan seperti Captain’s Draft Minor, Galaxy Battles II Major dan juga ESL One Genting, Na’Vi pastinya tidak boleh ketinggalan dalam merebut mata kelayakan.

Katowice
Pemain posisi mid bagi pasukan Na’Vi, Dendi

Na’Vi akan membuka kalendar 2018 mereka dengan bertanding di ESL One Genting yang menawarkan 400 mata, tidak seperti pertandingan minor lain yang hanya menawarkan 300 mata sahaja. Kemudian, mereka akan ke Poland untuk ESL One Katowice Major dan kemudiannya ke Romania bagi saingan PGL Bucharest Major.

ESL One Katowice Major akan berlangsung pada 20-25 Februari di Spodek Arena, Poland yang menampilkan 16 pasukan kesemuanya. Sejajar dengan status Major, pertandingan ini menawarkan hadiah kemenangan sebanyak $1,000,000 dan juga 1500 mata kelayakan untuk direbut. Dengan pasukan-pasukan ternama dunia seperti Team Liquid, Team Secret dan Virtus.Pro turut bertanding, pastinya Katowice Major akan menjanjikan aksi Dota 2 yang penuh mendebarkan.

Katowice

Berikut adalah senarai 8 pasukan yang menerima direct invite :

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan berita e-sukan terkini dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here