universe
Sumber foto : Wykrhm Reddy

Pasukan Fnatic Dota 2 yang berpangkalan di Malaysia, secara rasminya mengumumkan bahawa mereka telah merekrut Saahil ‘UNiVeRsE’ Arora sebagai pemain offlaner mereka yang terbaru.

universe
Saahil ‘UNiVeRsE’ Arora. Sumber foto : Fnatic

Berita ini pastinya mengejutkan rata-rata peminat Dota 2 di negara ini khususnya kerana Fnatic baru sahaja memenangi kelayakan ke ESL One Katowice dengan menewaskan TNC Pro Team dengan skor 3-2.

Dengan kemasukan UNiVeRsE, ini bermakna pemain offlaner mereka sebelum ini iaitu Khoo ‘Ohaiyo’ Chong Xin turut digugurkan.

Menurut jurulatih Fnatic, Adam ‘343’ Shah berkata, “Kami berasa sangat sedih untuk menggugurkan Ohaiyo daripada Fnatic. Namun, gaya permainan kami tidak serasi dengan Ohaiyo dan itu memaksa beliau untuk kerap kali bermain di luar zon keselesaannya. Kami mengharapkan agar Ohaiyo akan terus berjaya di masa hadapan.”

universe
Khoo ‘Ohaiyo’ Chong Xin. Sumber foto : Fnatic

“Kami juga mengucapkan selamat datang kepada UNiVeRsE, yang buat pertama kalinya akan beraksi bersama pasukan di rantau Asia Tenggara (SEA).”

“Kepada penyokong-penyokong Fnatic, kami membuat keputusan ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menjadi yang terbaik. Terima kasih kerana terus menyokong kami.”

Ohaiyo merupakan salah satu teras utama kejayaan Fnatic sejak organisasi itu kembali bersaing dalam arena Dota 2 pada 2015. Pastinya tempoh 3 tahun Ohaiyo bersama Fnatic akan dikenang, terutamanya prestasi mantap pasukan itu dalam The International 6 yang membuatkan mereka berjaya mendapat tempat ke-4.

Apa-apapun, pastinya kredibiliti UNiVeRsE tidak perlu diragui lagi. UNiVeRsE sebelum ini pernah memenangi kejuaraan The International 5, sekaligus membuktikan kehebatan beliau di posisi offlane.

Nampaknya persaingan tiga penjuru di rantau Asia Tenggara akan menjadi lebih sengit antara Fnatic, Mineski dan TNC. Pasukan manakah yang dapat membuktikan mereka adalah yang terbaik di SEA ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Lineup Fnatic Terbaru :

1 – EternalEnvy (carry)
2 – Abed (mid)
3 – UNiVeRsE (offlane)
4 – DJ (support)
5 – PieLieDie (support)

Teruskan layari Deenamik.com dan Like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini arena Dota 2.

Sumber :

Fnatic

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here