Arab Saudi kini membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas masuk ke Arab Saudinegara tersebut menggunakan visa pelancong, menurut kenyataan dariapda jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Walaubagaimanapun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram sekiranya mahu masuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata,

Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah.

Peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini. Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar.

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

saudi

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH. Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai menerokai destinasi pelancongan baru di Arab Saudi.

saudi

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.

Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here