Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan meningkatkan perkhidmatan mereka pada awal Mac ini bagi memudahkan para pengguna menikmati Wi-Fi secara percuma ketika berada dalam perjalanan ke suatu destinasi.
Hanya dalam sebulan lebih sahaja lagi para pengguna yang menaiki kelas bisnes ETS akan berpeluang menikmati perkhidmatan Wi-Fi secara percuma. Pastinya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun mereka yang menetep di Malaysia ternanti-nanti kemudahan yang bakal disediakan oleh pihak KTMB.
Mohd Hisham Samsudin yang juga pengarah Eksekutif KTMB menyatakan bahawa perkhidmatan Wi-Fi bakal tersedia sekitar bulan Mac ini.
Selain menggunakan kenderaan sendiri ketika pergi dan balik kerja, masyarkat juga boleh menggunakan ETS. Mereka tidak lagi perlu untuk beratur di jalan-raya samada di waktu pagi, petang mahupun malam.
Seperti yang diketahui bilangan pengguna kenderaan meningkat pada setiap hari dan hal ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, amat sesuai dengan kemajuan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang bakal dilaksanakan KTMB untuk menarik lebih ramai masyarakat menggunakan perkhidmatan mereka.
Pertambahan yang bakal dilakukan juga akan melibatkan gerabak kelas bisnes yang ditawarkan dengan perkhidmatan yang lebih premium dan kondusif. Terdapat juga beberapa penawaran akan dibuat seperti penawaran selimut, makanan, dan minuman diatas gerabak serta beberapa lagi fasiliti lain bakal disediakan. Wow sungguh menarik bukan?
Kemudahan yang bakal disediakan diaharapkan selepas ini konsisten dan stabil bagi memudahkan pengguna menggunakan kemudahan Wi-Fi tersebut dengan lebih lancer.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com