Keputusan sama ada kerajaan mahu meneruskan misi mencari pesawat MH370 akan diumumkan minggu depan.
Ini selepas kerajaan selesai berbincang dengan sebuah syarikat penerokaan dasar laut, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Misteri kehilangan MH370 sehingga kini masih belum terjawab meskipun operasi pencarian sudah menelan belanja kira-kira $200 juta. Sebelum ini, kerajaan dan pihak berkepentingan sudah sebulat suara untuk menangguhkan kerja-kerja pencarian pesawat tersebut pada Januari 2017.
Kerajaan kini berada pada fasa terakhir perbincangan sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan syarikat terbabit.
“Kita akan umum minggu depan, syarikat itu boleh menggerakkan kapal mereka selepas rundingan akhir selesai.
“Australia dan China mungkin akan terbabit sama dalam misi pencarian itu,”tambahnya lagi.
Menurut laporan, kerajaan Malaysia akan menggunakan khidmat kapal Seabed Constructor bagi mengesan serpihan MH370. Kapal itu mempunyai sistem yang membolehkannya beroperasi pada kedalaman sehingga 6,000 meter di dasar laut untuk mengutip data beresolusi tinggi.
Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang penumpang dan kru. Kehilangan pesawat tersebut juga melibatkan operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
Dilaporkan, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia sudah mengenalpasti kawasan seluas 25,000 kilometer persegi yang berkemungkinan besar mengandungi bangkai pesawat MH370 itu.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Sumber :
Perak Daily
Khaleej Times
Berita Harian
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com