Zaman sekarang, memang banyak laporan dan berita yang kita dengar tentang masalah rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah yang terlalu mahal. Masalah ini semakin membimbangkan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.

harga rumah

Loading...

Perkara itu sendiri diakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjelaskan bahawa harga rumah di Malaysia bukanlah di paras harga mampu milik. Jika dibandingkan dengan standard antarabangsa, ternyata harga rumah di negara ini adalah terlalu mahal.

Meneliti masalah ini secara lebih mendalam, BNM mendedahkan 3 sebab utama mengapa harga rumah tidak berada di paras mampu milik :

#1. Kenaikan Pendapatan Isi Rumah Tidak Sepadan Dengan Kenaikan Harga Rumah

Kemampuan untuk membeli sebuah rumah sangat bergantung kepada kadar pendapatan isi rumah. Ini bermakna, jika pendapatan isi rumah berada di tahap yang rendah, maka kemampuan untuk membeli rumah juga rendah.

harga rumah

Dari tahun 2012-2014, harga rumah naik sebanyak 26.5% berbanding pendapatan isi rumah yang hanya naik 12.4% sahaja. Perbezaan ini sangat ketara, boleh dilihat bahawa harga rumah naik 2 kali ganda lebih tinggi.

BACA JUGA :   Ini Cara Bagaimana Untuk Mengesan Duit Palsu Yang Kini Banyak Digunakan Di Pasar Malam

Kita ambil contoh pada tahun 2016, di mana median harga rumah adalah RM313,000 manakala median pendapatan isi rumah di negara ini hanyalah RM5,228.

#2. Harga Permulaan Bagi Rumah Yang Baru Dibina Terlalu Mahal

Mengambil kira dari suku pertama tahun 2017, dilaporkan hanya 24% sahaja rumah yang dibina dengan harga permulaan RM250,000 ke bawah. Dengan harga RM250,000 itu, hanya 35% daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang mampu memilikinya.

harga rumah
Gambar sekadar hiasan

Buktinya dapat dilihat pada suku kedua 2017, apabila sebanyak 82% rumah di atas harga RM250,000 tidak terjual. Ini adalah jumlah yang sangat banyak, sekali gus mencerminkan betapa rakyat Malaysia tidak mampu memiliki rumah di atas paras tersebut.

#3. Kecelaruan Antara Bekalan dan Permintaan Rumah

Disebabkan beberapa faktor berstruktur dan kelaziman dalam pasaran hartanah, mengakibatkan kegagalan untuk membekalkan rumah pada harga mampu milik.

harga rumah
Banyak bangunan dan unit kediaman yang tidak terjual

Menurut statistik, BNM mengesahkan jumlah bangunan kediaman yang tidak terjual meningkat daripada 130,690 unit kepada 146,497 unit pada suku kedua 2017.

BACA JUGA :   Bank Negara Bakal Keluarkan Kerangka Kerja Bagi Tangani Inflasi Insurans Perubatan

Justeru, BNM telah menggariskan 5 strategi untuk menangani masalah ini :

-Memfokuskan inisiatif-inisiatif untuk mendapatkan rumah mampu milik
-Membangunkan pangkalan data bersepadu dan pendaftaran pemohon untuk merancang perumahan mampu milik
-Mengurangkan halangan dari segi kos untuk menyediakan rumah mampu milik
-Memperbaiki imbangan duga (balance sheet) isi rumah dengan memantapkan pengetahuan kewangan
-Menambahbaik pasaran hartanah dengan penguatkuasaan rangka undang-undang

Dengan pendekatan yang diambil, BNM menjangkakan kadar maksimum harga rumah mampu milik berada pada paras RM282,000.

harga rumah

Diharapkan masalah dan bebanan harga rumah yang sudah sekian lama membelenggu rakyat Malaysia ini akan dapat diatasi dengan segera.

Sumber : Buletin Bank Negara Malaysia

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here