The Pocket Rocketman merupakan gelaran diberikan kepada jaguh berbasikal negara kerana mempunyai semangat luar biasa. Pada kali ini Mohd Azizulhasni sekali lagi dilakukannya dengan catatan masa 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018.

 

Azizulhasni
gambar hiasan
Loading...

Catatan rekod baharu 9.774 saat yang diperolehi sekaligus memadam rekod terdahulu yang mana 10.074 saat pada ACC 2016 di Jepun.

Pencapaian terbaru beliau membolehkannya berada dalam senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai dan memadam rekod pelumba dari Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan pada tahun lepas.

Menurut Mohd Azizulhasni Awang, misi pada awalnya hanya ingin merekod masa di bawah 10 saat dalam acara itu, namun tanpa disangka beliau mencatat masa jauh lebih baik dan memperlihatkan pencapaian itu nampak lebih ketara perbezaannya.

Azizulhasni

Inilah yang dikatakan beliau mempunyai semangat yang luar biasa dengan keputusan akhir iaitu 9.774 saat memandangkan 9.8 saat adalah sasaran masa terpantas realistik yang boleh dicapai.

“Ketika berada di gelanggang saya lebih menumpukan kepada target utama iaitu capai masa dibawah 10 saat. Kerana pada ketika itu, Mohd Shah Firdaus Sahrom beraksi terlebih dahulu dan berjaya mencatat dibawah 10 saat,” ujarnya.

Semangat pada ‘The Pocket Rocketman’ itu patut dicontohi, walaupun sebelum ini beliau sudah mencatat rekod terbaik namun beliau tetap meneruskan hasrat untuk terus melakukan yang terbaik buat dirinya dan juga negara Malaysia.

Azizulhasni
gambar hiasan

“Ketika perlumbaan tamat saya merasakan seperti tiada apa-apa berlaku kerana suasana seolah-olah tiada apa yang berlaku, tapi apabila mata melihat terus ke skrin elektronik itu menunjukkan satu kejutan dan seperti tidak percaya catatan masa tersebut,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun keputusan perlumbaan berjaya diraih oleh pelumba basikal negara itu dengan pungutan pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari di Velodrom Nasional, Nilai, bermula jumaat lepas.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here